Pages

Thursday 18 November 2010

Ulasan Terhadap Artikel Bicara Agama, Utusan Malaysia

Pemuda Iman merasa terpanggil untuk memberikan ulasan ringkas buat masa ini terhadap satu artikel yang disiarkan dalam ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia bertarikh 17 Nov 2010 bertajuk 'Usia Siti Aisyah Semasa Kahwin' hasil susunan Siti Ainiza Kamsari.

Setelah meneliti isu yang dibangkitkan oleh penyusun, kami mendapati bahawa terdapat kekurangan dan kelemahan dalam mengetengahkan isu sebegini. Ulasan kami adalah seperti berikut:

Sungguh menyedihkan apabila satu isu besar berkaitan hadith dan berkaitan diri Rasulullah s.a.w. ditulis dengan begitu mudah dan akhirnya keluarlah kesimpulan semudah yang dinyatakan penyusun. Ini bukanlah kali pertama isu sebegini dibangkitkan malah ia pernah dibangkitkan di dunia Arab sendiri beberapa tahun yang lalu. Isunya mudah - Terdapat sebahagian yang tidak dapat menerima bahawa Rasulullah s.a.w. mengahwini Aisyah pada umur yang muda sedangkan kisah ini merupakan kisah yang disebutkan secara turun temurun dan direkodkan dalam buku-buku hadith yang begitu banyak dan diwariskan oleh pencatat hadith dan sejarah yang dipercayai. Kami mendapati isu ini tidak ditangani dengan baik oleh penyusun daripada aspek berikut:

1- Kenyataan penyusun bahawa hadith yang beliau nyatakan dalam artikel tersebut ialah satu-satunya hadith yang kuat tentang isu umur Aisyah ini amat tidak tepat. Seakan itulah satu-satunya hadith bertaraf sahih yang ada. Hadith tentang umur Aisyah ketika kahwin ini juga ada di dalam Sahih Muslim dan buku-buku lain. Kenyataan penyusun amat mengelirukan.

2- Penyusun menyatakan bahawa hadith ini dipertikaikan. Siapa yang mempertikaikan? Boleh kita dapatkan satu atau beberapa nama imam hadith terkemuka dulu hingga kini yang mempertikaikannya? Menyatakan secara umum sebegini boleh menimbulkan kekeliruan seolah terdapat ulama hadith yang mempertikaikannya malah seolah terdapat ramai yang mengkritik hadith ini.

3- Seolah penulis dengan mudah membuat kesimpulan bahawa SEMUA hadith yg bukan berkaitan hukum maka ia dimudah-mudahkan atau tidak dikaji dengan ketat? Siapa pula yang menyebut kaedah sebegini?

4- Gambaran sejarah yang diberikan penyusun bukanlah satu-satunya yang ada berkaitan umur Aisyah dan kaitannya dengan waktu beliau memeluk Islam. Usah 'abaikan' fakta lain dengan hanya satu teori yang menyokong.

Penulisan sebegini amat mengecewakan dari sudut ilmu dan juga dari sudut keadilan meletakkan fakta perbincangan.

wallahu a'lam..

insya Allah, akan ada sambungan pada topik ini.

2 comments:

pencari PDA(pahala di akhirat) said...

ana pun mula2 percaya jugak..tapi lepas rujuk buku sahih bukhari sendiri, rupa2nya memang ada hadis nabi kahwin dgn aisyah umur 6 tahun..elok kita pegang dengan ulama hadis yang paling teliti, dan yang dekat dgn nabi, golongan salaf..imam bukhari cukup terkenal dgn ketelitiannya..lagipun kenyataan tntg saidina aisyah khwin umur 6 tahun ini tidak dipertikaikan langsung oleh ulama2 zaman dahulu seperti ibnu kathir, ibnul qayyim dan lain2..

Anonymous said...

cuba tengok link ni http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=562