Pages

Wednesday 31 August 2011

Dakwah: Bermula Dengan Impian dan Harapan

Saya menulis hasil perbincangan dgn beberapa orang sahabat terutama sahabat Pemuda Iman, Cikgu Hanif tentang usaha dakwah.Di antara yang kami bincangkan ialah : impian dan harapan dalam berdakwah. Terdapat pekerja dakwah yang mempunyai harapan dan impian yang besar, tapi tidak disusuli dengan gerak kerja yang berpijak di bumi nyata. Juga ada pekerja dakwah yang agak berlawanan iaitu berdakwah tanpa semangat, impian dan harapan.

Keduanya tidak akan membawa hasil yang bermakna bagi masyarakat! Seharusnya kita melihat dalam Al-Quran dan Hadith untuk kita membina impian dan harapan besar yang diikuti dengan kerja dan amal yang tersusun serta berterusan.

Kita terkadang merasa malu dengan mereka yang tidak beriman tetapi memiliki 2 asas penting yang perlu ada dalam dakwah iaitu: tidak takut dalam membina impian besar, dan juga gerak kerja berterusan atau 'istiqamah'.

Semoga semua yang berhasrat menyertai pasukan dakwah ke arah kebaikan dan keindahan Islam akan menghiasi diri dan hati dengan impian besar dan amal yang berterusan!

Tuesday 30 August 2011

Hari Raya & Surah al-Ghasyiyah

Seringkali pada hari raya atau pada hari Jumaat, imam-imam akan membaca surah al-A'laa dan surah al-Ghasyiyah. Saya ingin berkongsi bersama pembaca tentang surah al-Ghasyiyah. Semoga ia sedikit sebanyak memberi kesan pada hati kita yang baru sahaja selesai mengharungi tarbiyah Ramadhan.

Surah al-Ghasyiyah ialah surah ke 88 dalam Al-Quran. Ia mengandungi 26 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah. Al-Ghasyiyah membawa maksud hari kiamat yang sangat dahsyat.

Apa yang menarik perhatian saya dalam tulisan kali ini ialah - Ciri-ciri Syurga dan Neraka yang disebut dengan padat dalam surah ini.

Neraka digambarkan dengan :

- Api yang sangat panas
- Ada minuman dari mata air yang sangat panas menggelegak
- Makanan berupa pohon berduri yang tidak mengenyangkan

Syurga pula :
- tinggi kedudukannya
- tiada kedengaran perkara yang sia-sia
- ada mata air yang mengalir
- takhta yang tinggi dan mulia
- hidangan gelas yang siap disediakan
- tempat duduk yang indah tersusun
- permaidani yang terhampar

Ya Allah, kurniakanlah kami Syurga, jauhkanlah kami dari neraka! Amin...

Salam Eidul Fitr dari Pemuda Iman!

Dalam sibuk kita mengisi Ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, Eidul Fitr menjelang tiba. Namun ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya melemahkan kita dan membantutkan segala aktiviti kebaikan dalam Ramadhan.

Jadikanlah Syawal ini sebagai penyuntik semangat untuk terus bertahan dan istiqamah dalam memveri serta menyebarkan kebaikan untuk semua.

Juga janganlah lupa kesengsaraan saudara seagama dan juga manusia seluruhnya walau kita bergembira di hari raya.

Selamat hari raya, semoga hidup anda lebih diberkat Yang Esa!

Tuesday 23 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #8

Kisah Nabi Isa a.s. di dalam Al-Quran

Surah Al-Baqarah; (2): 87, 136, 253

Surah Ali 'Imran; (3): 45, 52, 55, 59, 84

Surah Al-Nisa'; (4): 157, 164, 171

Surah Al-Maidah; (5): 46, 78, 110-116

Surah Al-An'am; (6): 85

Surah Maryam; (19): 34

Surah Al-Ahzab; (33): 7

Surah Al-Syura; (42): 13

Surah Al-Zukhruf; (43): 63

Surah Al-Hadid; (57): 27

Surah Al-Saff; (61): 6, 14

Monday 22 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #7

Kisah Nabi Ibrahim a.s. di dalam Al-Quran

-Surah al-Baqarah : ayat 124-141, ayat ayat 258 dan ayat 260

- Surah Aali Imran: ayat 33, 65, 67,68 dan 95-97

-Surah al-An'aam: ayat 74-86 dan 161

-Surah Hud: ayat 69-76

-Surah Ibrahim: ayat 35-41

-Surah al-Hijr: ayat 51-60

-Surah Maryam: ayat 41-50

-Surah al-Anbiyaa': ayat 51-73

-Surah al-Hajj: ayat 26-29

-Surah as-Syu'araa': ayat 69-89

-Surah al-Ankabut: ayat 16-27

-Surah as-Soffaat: ayat 83-113

-Surah az-Dzariyaat: ayat 24-34

-Surah al-Mumtahanah: ayat 4-6

-Surah at-Taubah: ayat 114

-Surah az-Zukhruf: ayat 26

Saturday 20 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #6

Kisah Nabi Lut a.s.

1-Surah al-A'raf - Surah ke 7 - ayat 79-84

2-Surah at-Taubah - Surah ke 9 - ayat 70

3-Surah Hud - Surah ke 11 - ayat 69-83

4-Surah al-Hijr - Surah ke 15 - ayat 57-77

5-Surah al-Anbiyaa' - Surah ke 21 - ayat 74

6-Surah al-Furqan - surah ke 25 - ayat 40

7-Surah as-Syu'araa' - Surah ke 26 - ayat 160-175

8-Surah an-Naml - Surah ke 27 - ayat 54-5899

9-Surah al-Ankabut - Surah ke 29 - ayat 28-35

10-Surah as-Soffat - Surah ke 37 - ayat 133-138

11-Surah az-Dzariyaat - Surah ke 51 - ayat 31-37

12-Surah an-Najm - Surah ke 53 - ayat 53-54

13-Surah al-Qamar - Surah ke 54 - ayat 33-40

14-Surah at-Tahrim - Surah ke 66 - ayat 10

Saturday 13 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #5

Kisah Nabi Syuaib a.s. di dalam Al-Quran

- Syuaib a.s. merupakan seorang Nabi dan Rasul yg diutuskan kepada kaumnya iaitu kaum Madyan. Kaum Madyan juga disebut dalam Al-Quran dengan nama Ashabul Aikah.

- Surah al-A'raf (Surah ke 7) bermula ayat 85 hingga 93

- Surah Hud (Surah ke 11) bermula ayat 84 hingga 95

- Surah as-Syu'araa' (Surah ke 26) bermula 176 hingga 191

- Surah al-Hijr (Surah ke) ayat 78 dan 79

- Surah al-Ankabut (Surah ke) ayat 36 dan 37



Sunday 7 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #4

KISAH NABI HUD A.S. DI DALAM AL-QURAN

1. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada Kaum yang digelar 'Aad - عاد

2. Nama Nabi 'Hud' a.s. berulang di dalam Al-Quran sebanyak 7 kali

3. Berikut adalah surah-surah dan ayat yang mengandungi kisah Nabi Hud a.s. :

- Surah al-A'raaf (surah ke 7) bermula ayat 65 hingga 72

- Surah Hud (surah ke 11 ) bermula ayat 50 hingga 60

- Surah al-Mu'minun (surah ke 23 ) bermula ayat 31 hingga 41

- Surah as-Syu'araa' (surah ke 26 ) bermula ayat 123 hingga 140

- Surah Fusshilat (surah ke 41 ) ayat 15 dan 16

- Surah al-Ahqaf (surah ke 46 ) bermula ayat 21 hingga 25

- Surah ad-Dzariyaat (surah ke 51 ) ayat 41 dan 42

- Surah al-Qamar (surah ke 54 ) bermula ayat 18 hingga 22

- Surah al-Haaqqah (surah ke 69 ) bermula ayat 6 hingga 8

- Surah al-Fajr (surah ke 89 ) bermula ayat 6 hingga 8

Saturday 6 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #3

Kisah Nabi Soleh dalam Al-Quran

1-Surah al-A'raaf (surah ke 7) bermula ayat 73 hingga 79

2-Surah Hud (surah ke 11 ) bermula ayat 61 hingga 68

3-Surah al-Hijr (surah ke 15 ) bermula 80 hingga 84

4-Surah al-Isra' (surah ke 17 ) ayat 59

5-Surah as-Syu'araa' (surah ke 26 ) bermula ayat 141 hingga 159

6-Surah an-Naml (surah ke 27 ) bermula ayat 45 hingga 53

7-Surah Fusshilat (surah ke 41) ayat 17 dan 18

8-Surah ad-Dzariyat (surah ke 51 ) bermula ayat 43 hingga 45

9-Surah an-Najm (surah ke 53 ) ayat 51

10-Surah al-Qamar (surah ke 54 ) bermula ayat 23 hingga 32

11-Surah al-Fajr (surah ke 89) bermula ayat 9

12-Surah as-Syams (surah ke 91 ) bermula ayat 11 hingga 15



Thursday 4 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #2

Setelah kita mendapat maklumat tentang ayat-ayat dan surah yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s., kali ini kita akan melihat pula kisah Nabi Nuh a.s. di dalam Al-Quran.

KISAH NABI NUH A.S. DI DALAM AL-QURAN

Kisah Nabi Nuh a.s. disebutkan di dalam 10 surah dan kesemuanya3- adalah surah2 yang diturunkan sebelum Hijrah iaitu diturunkan di Mekah.


1-Surah al-A'raaf (surah ke ) bermula ayat 59 hingga 64

2-Surah Yunus (surah ke 10 ) bermula ayat 71 hingga 73

3-Surah Hud (surah ke 11 ) bermula ayat 25 hingga 49

4-Surah al-Anbiyaa' (surah ke 21 ), ayat 76 dan 77

5-Surah al-Mukminuun (surah ke 23 ) bermula ayat 23 hingga 30

6-Surah as-Syu'araa' (surah ke 26 ) bermula ayat 105 hingga 122

7-Surah al-Ankabut (surah ke 29 ), ayat 14 dan 15

8-Surah as-Soffaat (surah ke 37 ) bermula ayat 75 hingga 82

9-Surah al-Qamar (surah ke 54 ) bermula ayat 9 hingga 17

10-Surah Nuh (surah ke 71 ) - kesemua ayatnya

Selamat membaca!

Tuesday 2 August 2011

Mencari Kisah Al-Quran Di Bulan Ramadhan #1

KISAH NABI ADAM A.S. DI DALAM AL-QURAN

Seperti yang pernah disebutkan dalam beberapa kuliah dan akaun facebook, Pemuda Iman akan cuba membantu memudahkan anda semua mencari kisah-kisah umat terdahulu - Para Nabi a.s. dan juga yang bukan Nabi) di dalam Al-Quran.

Seringkali ramai yang tercari-cari dalam ayat manakah dan surah manakah kisah-kisah tertentu dalam Al-Quran. Sebagai contoh, apabila saya ingin mengetahui tentang kisah Nabi Musa, apakah agaknya surah dan ayat yang perlu saya baca?

Ini untuk memudahkan penuntut ilmu, pendakwah malah sesiapa sahaja untuk mencari maklumat yang diperlukan tentang sesuatu kisah dari Al-Quran.

Untuk kali ini, pada hari kedua kita berpuasa, Pemuda Iman akan memberikan maklumat tentang kedudukan ayat-ayat dan surah berkaitan Nabi Adam a.s. Maklumat ini diambil daripada beberapa sumber dan yang paling utama ialah buku 'al-Qasas al-Quraaniy' karya Dr.Solah Abd.Fattah al-Khalidi (4 jilid), cetakan Darul Qalam, Syria.

KISAH NABI ADAM A.S. DI DALAM AL-QURAN:

1-Surah al-Baqarah (surah no.1) bermula ayat 30 hingga 39

2-Surah al-A'raaf (surah no.7) bermula ayat 11 hingga 25

3-Surah al-Hijr (surah no.15) bermula ayat 26 hingga 44

4-Surah al-Isra' (surah no.17) bermula ayat 60 hingga 65

5-Surah al-Kahfi (surah no.18) bermula dalam ayat 50

6-Surah Toohaa (surah no.20) bermula ayat 115 hingga 127

7-Surah Sood (surah no.38) bermula ayat 67 hingga 85

Bertemu dalam tulisan akan datang...insya Allah!
Al-AHKAM.NET

&

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION

&

PEMUDA IMAN



menganjurkan



MINI SEMINAR: 'Pengajaran Surah Maryam' Suatu Analisis

Ahli Panel

Ustaz Adlan Abd Aziz (Al-Ahkam.net)

Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM)

dan

Panel Jemputan (TBA)


Tarikh & Masa: Ahad, 7 August 2011, 9:00 A.M to 3:00 P.M


Tempat: IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur



Program ini percuma.

Tempat adalah TERHAD!

Daftar di http://iis-ahkam-ramadan.eventbrite.com



Penyertaan adalah melalui pendaftaran SAHAJA!



Sila hubungi Sis Tuty @ email: Tuty.Abu.Bakar@gmail.com atau 017 888 9097 (Isnin - Jumaat: selepas 6 P.M, Sabtu/Ahad: bebas) untuk keterangan lanjut

Selamat Meningkatkan Ilmu Dan Amal!