tag:blogger.com,1999:blog-3395593418196365478.post6874973518175872384..comments2023-07-15T18:52:22.531+08:00Comments on Pemuda Iman: Kembara Sufi #2 - Jiwa Yang Berkeinginanalitantawihttp://www.blogger.com/profile/12916437216900618796noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3395593418196365478.post-3984278990768884942009-11-26T11:45:43.942+08:002009-11-26T11:45:43.942+08:00Apa yang penting ialah menjadi orang yang dapat me...Apa yang penting ialah menjadi orang yang dapat mengawal keinginannya(nafsunya) dan mempunyai disiplin diri.
Kalau diikutkan nafsu, buat apa masuk kerja seawal lapan pagi kerana lebih baik tidur, buat apa sibuk kerja kerana lebih baik sembang di kantin, buat apa nak pakai tudung kerana panas dan merimaskan, buat apa kahwin kerana lebih baik berzina, buat apa pergi surau kerana lebih baik tengok tv, buat apa dengar kuliah maghrib lebih baik santai di rumah. Manusia sentiasa mengimpikan masa santai , harta yang bertimbun, rumah yang hebat, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan mengancam. Nafsu sentiasa memikirkan keinginannya dan dirinya sendiri lantaran nafsu itu sentiasa muda dan tidak pernah tua walau pun orang sudah tua.

Namun, nafsu itu juga penting kerana langsung tidak mempunyai nafsu juga membawa padah kepada manusia kerana keinginan itu membolehkan manusia terus hidup di atas muka bumi ini dengan sempurna. Tanpa nafsu, manusia tidak kisah tentang makanannya, untuk membina rumah yang cantik, untuk memikirkan kerjayanya, malah mungkin tidak berkahwin kerana tidak mempunyai perasaan kepada perempuan. Dengan kata lain, tanpa nafsu dunia ini tidak akan dibangunkan dan generasi manusia tidak akan wujud kerana manusia tidak berkahwin lantaran tiada keinginan.

Elok la kita berpuasa sunatmyhasmanoreply@blogger.com