Presenter: Ustaz Adlan Abdul Aziz
Venue: Duta Nusantara Clubhouse, Sri Hartamas, KL
Date: 28 May 2010, Friday
Time: 8PM
Untuk bahan bacaan cadangan yang ringkas berkaitan topik, saya cadangkan:
1- Fatawa Mua'sirah (Fatwa Semasa @ Kontemporari) - Dr. Yusuf al-Qaradawi - jilid 2 - soalan berkaitan Rashid Ridha dan hadith Nabi SAW disihir.
2- Studies in Early Hadith Literature - Prof. Musthafa Azhami - satu tesis phd di Cambridge. Telah pun diterjemah dalam Bahasa Malaysia - bahagian awal buku ketika membicarakan tentang golongan yang menolak hadith.
3- Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah - Dr. Muhammad Mator al-Zahrani - (Bahasa Arab) - Bab 1, Fasal 3 - Bermula muka surat 47
'..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Surah al-Kahfi, ayat 13]
Friday, 28 May 2010
Sunday, 9 May 2010
MUTIARA WAHYU 13: EKSPERIMEN 4 EKOR BURUNG
Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Bukankah engkau sudah percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah; 2: 260)
Tafsiran ringkas:
Ayat ini merupakan sambungan kepada Ayatul Kursi dalam Surah al-Baqarah; 2:255 yang membincangkan tentang Kekuasaan, Kebesaran, Keilmuan, Keesaan Allah SWT. Kemudian pada ayat yang ke 256 disebut pula tentang konsep agama Islam yang diturunkan Allah yang manusia tidak dipaksa mempercayainya melainkan setelah benar-benar yakin tanpa sekelumit keraguan. Pada ayat 257 diterangkan pula tentang perbezaan jika mengikuti agama Allah yang dibawa rasulNya iaitu Islam dengan ajaran taghut (iblis dan manusia yang seangkatan dengannya). Semua ini berkisar tentang asas konsep Aqidah Islamiyah. Kemudian pada ayat 258, 259 dan 260 dibawakan 3 kisah benar yang berlaku di zaman nabi Ibrahim dan nabi Uzair (walaupun tidak disebut namanya tapi jumhur ulama bersepakat beliau ialah nabi Uzair). Kisah yang membicarakan tentang bagaimana Allah SWT membuktikan apa yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelumnya yang menerangkan tentang Aqidah Islam: Mempercayai Keesaan Allah SWT dari aspek Al-Rububiyyah, Al-Asma Wa Al-Sifat dan Al-Uluhiyyah dan hakikat kehidupan dan kematian seseorang manusia. Asas in penting kerana ianya menjadi asas panduan perjalanan kehidupan seorang manusia. Syed Qutb berkata dalam tafsirnya: Maka segala sistem kehidupan manusia dan prinsip akhlaq dan adab tidak terpisah dari perspektif Aqidah ini, bahkan terbina sistem itu di atasnya dan terikat dengannya. Maksudnya setiap aktiviti manusia dalam Islam terikat dan terbina atas asas Aqidah yang jelas dan jitu. Justeru kisah dalam ayat 260 ini bertujuan untuk memastikan keimanan seseorang itu terbina atas keilmuan yang jelas supaya hilang sebarang keraguan yang timbul dibenak fikiran manusia. Apatah lagi di zaman manusia kini berpegang teguh kepada kajian sains ciptaan manusia! Everything must be proven by science!
Ulasan:
1) Persoalan pertama yang timbul iaitu mengapa nabi Ibrahim bertanya tentang hal asas keimanan ini sedangkan dia seorang nabi yang sepatutnya lebih yakin dengan persoalan hidup dan mati? Para ulama membahaskan, nabi Ibrahim a.s bertanya bukan kerana baginda tidak beriman tetapi kerana sifat manusia ingin mengetahui cara bagaimana Allah akan membangkitkan manusia di Akhirat nanti. Dalam Tafsir Al-Manar karangan Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, beliau memberi satu perumpamaan yang menarik bagi menjawab persoalan ini: Seperti fungsi telegraf (kalau sekarang mungkin boleh diumpamakan telefon). Semua orang yakin, telegraf berfungsi membawa informasi dari timur ke barat dalam tempoh masa yang amat pantas. Tetapi jika seseorang bertanyakan, “bagaimana telegraf itu boleh berfungsi sebegitu?” adakah bermaksud dia tidak yakin yang telegraf itu mampu berfungsi sebegitu ajaib? Ini kerana manusia diciptakan Allah untuk mempunyai “high sense of curiosity,” semangat ingin tahu yang kuat. Jadi pengajaran dalam ayat ini ialah manusia dibenarkan memenuhi sifat ingin tahunya selagimana ianya bertujuan yang baik dan bukan untuk melakukan kerosakan. Apatah lagi tentang sifat ingin tahu dalam Aqidah Islam. Perlu dengan tujuan yang baik. Selain itu manusia perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan yang ada dan bukan sekadar apabila sudah mendapat ijazah doctor falsafah dan mendapat kerja, maka terhenti segala proses pencarian ilmu.
2) Ayat ini juga membuktikan peranan sains dalam mengukuhkan Aqidah. In science, the question of “HOW” is important to strengthening our belief on something! How it is created? How it exist? How it is made? Dalam sains, eksperimen dan ujikaji penting sebab dalam sains sesuatu perlu empirikal. Dalam ayat ini Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim melakukan satu eksperimen sains bagi mengukuhkan keyakinan seseorang tentang hidup selepas mati itu benar-benar berlaku. Hebat! Imam Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani menyebut: Soalan nabi Ibrahim itu bertujuan meningkatkan keyakinan seseorang dari ‘Ilmu al-Yaqin (keyakinan atas dasar ‘theoretical study’) kepada ‘Ayn Al-Yaqin (keyakinan atas dasar ‘emperical study’). Seseorang yang melahirkan anak lebih yakin tentang kepayahan melahirkan anak berbanding orang yang hanya mengetahuinya dari orang lain. Kepada para saintis muslim, teruskan usaha anda bagi memantapkan keimanan orang Islam dengan segala kajian anda. Jadilah benteng Islam yang mempertahankan Islam dengan segala kajian anda. Pastikan, lagi banyak kajian yang anda lakukan semakin takut dan dekat kita dengan Pencipta kita. Itu peranan sains dalam Islam. Sains perlu bagi menimbulkan rasa gerun manusia dengan kehebatan Allah SWT.
3) Mengapa 4 burung yang Allah SWT pilih dalam eksperimen ini? Imam Fakharuddin Al-Razi dalam Tafsir Kabir ada jawapannya: Seolah-olah Allah SWT berkata (ketika mengarahkan nabi Ibrahim mengambil 4 ekor burung untuk ditunjukkan kebenaran hidup selepas mati) wahai Ibrahim! Kamu minta 1 bukti kerana sifat kehambaan mu yang ingin tahu tetapi Aku berikan 4 bukti kerana sifat RububiyyahKu! Allah SWT yang Maha Mengetahui tahu, selain sifat manusia yang ingin tahu (curiosity) manusia juga mempunyai sifat keraguan (skeptism). Justeru bagi menjelaskan segala keraguan, sesuatu kajian perlu diulangkaji supaya hasilnya tepat dan jelas. Practice makes perfect! Sebab itu bukan seekor burung yang dibangkitkan tetapi 4 ekor yang telah bercampur lumat daging, tulang dan darah yang dibangkitkan tanpa parut dan calar. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mulk; 67:3-4:
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?[4]Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
Allah berkuasa melakukan apa yang diinginkan. Dia Pencipta dan Dia yang akan Membangkitkan ciptaanNya walau banyak mana sekalipun ciptaanNya. Kalau masih tidak yaqin, kajilah lagi, kerana tiada apa yang ragu tentang Aqidah dalam Islam. Dr. Yusuf Al-Qardawi menyebut bahawa Aqidah Islamiyah bebas dari segala keraguan dan kesamaran. Kajilah Islam dengan sains, ekonomi, politik, social dan sebagainya. Ulangkajilah lagi sebab lagi dikaji lagi terserlah hakikat kebenaran Islam!
Gunakan konsep objektiviti dalam kajian sains untuk membukti kebenaran Islam dan bukan mencari kesalahan dan kelemahan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)