Pages

Sunday 17 July 2016

TEMPOH IMAM BUKHARI MENYUSUN 'SAHIH BUKHARI'



Tempoh Imam Bukhari Menyusun Kitabnya 'Sahih Bukhari'
Oleh: Adlan Bin Abd. Aziz

1-Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa Imam-Imam Hadith terdahulu yg menyusun kitab-kitab Hadith terkemuka seperti (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud dan lain-lain) mengambil masa yang lama untuk menyusun kitab masing-masing.

2-Para ulama Hadith menyatakan bahawa Imam-Imam Hadith kebiasaannya mengambil masa lebih dari 10 tahun dalam menyusun kitab mereka. Ada yang menyusunnya semasa dalam pengembaraan ilmu dan ada pula selepas pulang dari mengembara.

3-Imam Muhammad Bin Ismail al-Bukhari (w256H) merupakan penyusun kitab terkenal 'Sahih Bukhari' atau nama penuhnya:
الجامع المسند الصحيح المختصر من أمور رسول الله وسننه وأيامه
Dalam penyusunannya para ulama menemui khazanah ilmu yg disusun secara ilmiah dan teliti.

4-Di antara sebab kitab ini kelihatan amat teliti dan padat dengan ilmu ialah kerana tempoh masa ia disusun. Menurut para ulama yang menulis tentang biodata Imam Bukhari, beliau mengambil masa 16 tahun utk siap menyusun kitabnya Sahih Bukhari.

5-Dalam tempoh ini, Imam Bukhari (seperti imam Hadith lain sezaman dengannya) sentiasa menyemak kandungan dan susunannya agar menjadi hasil ilmu terbaik beliau.

6-Maka hasil karya yang sebegini teliti perlulah dihargai dan juga dinilai dengan adil. Jangan jadi seperti sebahagian penuntut ilmu zaman ini yang mudah mengkritik bahkan menolak hadith-hadith dalam kitab Sahih Bukhari.

DALAM SAHIH BUKHARI ADA HADITH DHAIF?

Oleh: Us. Adlan Abd. Aziz.

1-Ada dalam kalangan ustaz-ustaz yang mengajar Hadith cuba timbulkan isu bahawa 'dalam Sahih Bukhari tak semuanya sahih' tanpa berikan apa-apa bukti. Hanya dakwaan semata-mata.


2-Setelah dakwaan itu dibuat tanpa bukti, pendengar dan pelajar mereka dibiarkan tanpa mengetahui apakah contoh hadith-hadith yang dikatakan 'tidak sahih' itu.


3-Kemudian ustaz-ustaz ini terus mengkritik Sahih Bukhari berhujahkan bahawa ulama terdahulu pun pernah mengkritik Sahih Bukhari juga. Namun sekali lagi, ia adalah dakwaan dan tidak disertakan bukti terperinci.


4-Maka sesiapa sahaja yang mendengar tentang isu ini mungkin akan terus percaya, sebarkan dan berkeras bahawa 'dalam Sahih Bukhari tak semuanya sahih'. Sekali lagi, dakwaan tanpa bukti.


5-Marilah kita khususnya para ustaz dan pendakwah menerapkan sikap amanah dalam menyatakan sesuatu dakwaan, agar diserta dengan huraian dan penjelasan. Kerana akan ada pendengar atau pelajar yang akan mengikuti dan percayab apa yang disampaikan walaupun tanpa bukti jelas.


6-Bagi mereka yang ingin tahu bagaimana ulama terdahulu adil dalam menilai Sahih Bukhari,rujuk rakaman berikut.


Selamat menonton:

Monday 28 March 2016

Kelas Bulanan Pengajian Kitab 'Adab Mufrad' Imam al-Bukhari

Kelas Pengajian 'Adab Mufrad' karya Imam al-Bukhari

oleh: Ustaz Adlan Bin Abd. Aziz

Tarikh: Setiap Sabtu pertama dan kedua, bermula 2/4/16

Tempat: Madrasah Rabbaniyyah, No.2, Lorong Kolam Air Lama 2, Ampang Jaya

Kelas PERCUMA - nota disediakan.

Daftar dengan menghantar nama penuh ke no. 011 2359 3798

Monday 21 March 2016

Program: Kisah Hidup Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. - 26 Mac

Program: Kisah Hidup Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a.

Hari : Sabtu - 26 Mac 2016

Waktu: Bermula 9 pagi hingga 11 pagi

Tempat: Madrasah Rabbaniyyah, No.2, Lorong Kolam Air Lama 2, Ampang Jaya

PERCUMA

Daftar dengan menghantar nama penuh ke no.: 01123593798