Pages

Thursday 15 December 2011

Mesej Surah Al-Kahfi

• Islam menganjurkan kita umatnya agar sentiasa menjaga dan mendidik hati nurani dan akal budi semoga sentiasa terpandu mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut cara hidup yang sesat dan dimurkai Allah.

• Zaman ini banyak cabaran yang mengganggu-gugat akidah dan jati diri umat Islam. Salah satu petualang utama ialah media massa yang cuba memperkotak-katikkan pemikiran umat Islam terutamanya melalui:

• Khabar-khabar politik yang memualkan
• Cerita-cerita murahan artis dan selebriti
• Berita-berita jenayah dan peperangan
• Kisah-kisah keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat
• Krisis system pendidikan dan cabar-mencabar di kalangan ilmuwan

• Paparan-paparan sebegini menjadi tajuk utama media massa walaupun ia tiada nilai dan tidak membantu membentuk pemikiran dan cara hidup umat Islam.

• Propaganda demi propaganda dilihat semakin mendapat tempat berdasarkan corak pemikiran dan tindakan sebahagian besar umat Islam kini. Contohnya:

• Kita lebih senang menelan bulat-bulat apa sahaja maklumat yang dihidangkan dalam bab-bab politik kepartian terutama khabar mengenai pemimpin dan parti kesayangan kita

• Kita “tak apa” dan bersangka baik kepada artis yang mendedahkan aurat dan yang menyebarkan budaya hedonism dan pornografi

• Kita seolah tiada perasaan dan tidak cuba membantu terhadap mangsa-mangsa jenayah biarpun mereka jiran sekampung/setaman kita

• Kita seolah-olah mangli dengan kisah-kisah perzinaan di kalangan budak-budak sekolah dan kes pembuangan bayi

• Kita taksub terhadap ilmuwan sanjungan kita dan bentak mengenepikan pendapat ilmuwan lain yang lebih dekat kepada kebenaran

• Zaman ini zaman pertentangan di antara akidah Islam dengan faham materialisme. Umat Islam digoncang dengan dahsyat sekali sehingga sirna jati diri umat Islam apabila nilai-nilai Islam dianggap kolot manakala imej-imej hedonism, pornografi dan jenayah diangkat sebagai cara hidup yang dibanggakan.

• Nilai-nilai yang keji dilihat lebih tinggi dan mengatasi kedudukan nilai-nilai yang baik. Orang kaya dimuliakan dan artis diraikan versus orang beragama dilecehkan.

PERHATIAN: Allah SWT telah menyediakan manual buat kita menghadapi kemelut zaman ini melalui surah al-Kahfi. Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang membaca Surah ini pada malam Jumaat akan terhindar daripada kejahatan al-Dajjal (beberapa hadis riwayat Imam Muslim, Nasa'ei dan Tirmizi).

• Memetik tulisan pemikir besar Islam, almarhum al-Sayyid Abul Hassan Ali al- Nadawi mengenai kehebatan surah ini:

• .”When I turned to have a closer look at the Surah (al-Kahfi) again, I found that it presented the actual panorama of a new world, fully displayed with a range of significance yet unknown to me, all of which related to but one topic which may be expressed by the following two phrases: ‘The Struggle between Faith and Materialism’ or ‘The Invisible Power and the World of Causation’. The parables and illustrations, allusions and explanations couched in the Surah, all teach either covertly or overtly, the same lesson on the mystery of life.”

• Semoga kita menjadikan bacaan surah al-Kahfi sebagai rutin malam Jumaat dan mengkaji isi kandungannya. Salah satu buku cadangan ialah “Faith versus Materialism: The Message of Surah al-Kahf” oleh Maulana Sayyid Abul Hassan Ali al-Nadawi”.

• Insyallah artikel ini bakal bersambung.

Saturday 10 December 2011

Rahmatilah Kami Berdua Sahaja!

Seorang sahabat Nabi s.a.w. pernah berdoa di dalam solatnya 'ya Allah, rahmatilah aku dan Muhammad, dan janganlah Engkau rahmati orang lain bersama kami'. Begitu sekali kasihnya pada Rasulullah s.a.w. Tetapi doa ini didengari oleh Rasulullah s.a.w. dan Baginda nampaknya tidak begitu bersetuju.

Ketika Rasulullah s.a.w. bertemu dengan lelaki ini, Baginda ingin membuat teguran berkaitan doa tadi. Namun begitu yang mengkagumkan saya ialah Rasulullah s.a.w. memulakan dengan senyuman. Nabi senyum lalu berkata : 'mengapa engkau sempitkan sesuatu yang luas?'. Maksudnya 'mengapa disempitkan rahmat Allah SWT hanya pada kita berdua? Bukankah rahmat Allah itu luas meliputi semua makhluk?'.

Hadith ini memberi banyak pengajaran, antaranya ialah cara Rasulullah s.a.w. bercakap dan menasihati sahabat Baginda. Begitu juga pengajaran yg penting ialah - rahmat Allah itu luas, maka janganlah disempitkan. Janganlah kita ingin menyempitkan rahmat Allah hanya pada orang-orang yang mentaati Allah, kerana mungkin sahaja orang yang melakukan maksiat itu akan bertaubat dan mereka juga akan masuk dalam rahmat Allah. Jangan pula kita menyempitkan rahmat Allah hanya pada kita dan orang yang 'sealiran' dengan kita, lalu dinafikan pula rahmat Allah dari mereka yang tidak sama 'aliran' dengan kita. Kita semuanya makhluk Allah dan kita semua berada dalam rahmat Allah swt.

Berdoalah agar rahmat Allah itu menemani kita hingga kita bertemu di syurga, insya Allah!

Tuesday 6 December 2011

Respon Kepada Isu 'Kritikan Terhadap al-Albani'

Dipendekkan cerita :

Apabila saya dan beberapa org sahabat (terutama al-ahkam.net, Pemuda Iman & Xifu Naser) menganjurkan beberapa program ilmiah membincangkan dan mengkritik pandangan Syeikh al-Albani dalam kajian hadith (sejak 2007 lagi), maka terdapat salah faham, buruk sangka dan juga tuduhan tidak berasas dilemparkan kpd kami.Berikut adalah jawapan ringkas saya dan juga jemputan untuk program ilmiah akan datang.

*Terima kasih kepada akhi 'hanif1165' kerana rakaman, jazakumullahu khairan!

KLIK DI SINI

Sunday 4 December 2011

Dengan Ilmu, Tiada Istilah 'Buang Masa'


"Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan"

Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan?

Antara pandangan yang mempengaruhi kita ialah - kita tidak boleh berlebihan dalam berbicara tentang ilmu atau ilmuan, tentang kajian dan intelektual, tentang maklumat, fakta dan pro atau kontra sesuatu idea. Ini katanya 'membuang masa'. Tapi adakah benar kita membuang masa, atau sebenarnya kita 'mengisi masa' dengan perkara yang positif?

ADAKAH MASA KITA CUKUP UNTUK ILMU ATAU?
Saya pernah bergurau dengan seorang sahabat : 'tak apa kalau tak datang kuliah saya pun, tapi dengan syarat pergilah program ilmu yg lain, jangan pula tak datang kuliah (saya atau sesiapa) tapi tidur di rumah'. (mungkin beliau pun sedang membaca tulisan ini).

Dan saya pernah juga menulis di FB bahawa kalau kita - sebagai muslim masa kini yang mempunyai banyak cara dan teknik menuntut ilmu - tidak dapat menghadiri atau mengikuti perkembangan ilmu atas dasar 'sibuk' tidak mengapa. Tapi agak pelik kalau kita boleh berjam-jam bersukan, membeli-belah, tidur, makan, melepak di kedai makan tanpa makan, main game dan segala hobi lain, tapi kita sibuk dan tak sempat untuk menghadiri atau mengikuti program ilmu...hmm?

MAJLIS ILMU - BUANG MASA?
Bahkan ada sesetengah pihak yang lebih 'canggih' dan 'maju' ketika mana cuba menghalang orang lain berdiskusi ilmiah, atau mengikuti perbincangan berfakta, atau sekurang-kurangnya mengisi masa dengan berbicara tentang ilmu dan pengetahuan dengan alasan - membuang masa. Membuang masa? Apakah kita sebenarnya faham maksud 'membuang masa'?

Ia lebih luas dan besar jangkauannya dari yang kita sangka. Di mana-mana tempat sama ada dalam atau luar negara, kita dapati ramai ilmuan dalam pelbagai bidang menghabiskan masa bertahun malah puluhan tahun mengkaji sesuatu yang kita sendiri tidak faham! Adakah sanggup kita berkata kepada mereka 'anda semua membuang masa sahaja' hanya kerana kita tidak faham matlamat mereka? Sudah pasti tindakan kita adalah lambang kita sebenarnya tidak pandai menghargai ilmu dan hasil ilmu orang lain!

DENGAN ILMU, MASA DIKORBANKAN TAPI IA TIDAK TERBUANG!
Saya pernah menonton di kaca tv bagaimana seorang pemegang 'phd' dalam bidang kajian fosil dinosaur (pengkhususan t-rex!) yang telah beruban rambutnya, kusut masai pula kerana berada di tapak kajian mencari bukti fosil untuk kajian, adakah saya akan mentertawakannya dengan berkata 'buang masa'?

Saya juga bertemu secara berhadapan dengan pengkaji-pengkaji hadith yang bekerja tanpa populariti di sebuah pangsapuri, ada yang muda, ada yang tua dan terketar tangannya mencatat dengan 'pensel', kemudian menunggu giliran untuk dicetak kajian mereka yang mana telah bertahun dimulakan tapi belum dihabiskan. Adakah tergamak saya mengatakan kepadanya 'mengapa buang masa'?

Juga saya pernah duduk bersebelahan seorang pendakwah yang begitu sederhana, tapi telah menghabiskan masa hidupnya sebelum dan selepas pencen untuk pergi berdakwah mengislamkan sebahagian masyarakat di pedalaman. Adakah itu 'buang masa'?

Anda sendiri pernah melihat orang lain melakukan sesuatu untuk ilmu dan kajian, adakah anda akan menyatakan 'mengapa buang masa'?

Kalau kita semak kembali apakah aktiviti kita seharian atau bulanan, berapa peratuskah masa yang benar-benar diisi? Kalau ia diisi dengan sesuatu, adakah ia aktiviti paling menguntungkan bagi kita? Ya, kita perlu bahagikan masa untuk semua keperluan hidup, tapi apakah ilmu bukan keperluan?

Bagi para ilmuan yang cintakan ilmu, masa dirasakan 'tidak cukup' untuk menghilangkan dahaga ilmu. Setiap ilmu diraikan, setiap ilmuan dihormati dan dinasihati, setiap majlis ilmu dipromosikan dan cuba diikuti dan paling penting:

'ilmu mendidik kita untuk menyedari bahawa kita kurang berilmu dan perlu ditambah'

Bagi saya dan saya yakin bagi anda juga - ilmu dan perbincangan ilmiah adalah di antara keperluan harian yang penting (kalaupun tidak paling penting) yang perlu ada dalam hidup dan yakinlah jika anda berada dalam program ilmu (bukan hanya ilmu khusus agama, tapi ilmu apa sahaja yang positif) anda sebenarnya ....

TIDAK MEMBUANG MASA, MALAH MENGISI MASA DENGAN BIJAK, LEBIH BIJAK DARI YANG MENUDUH ANDA MEMBUANG MASA!

Tuesday 29 November 2011

Akhlak Rasulullah s.a.w. - Renungan Untuk Semua

Hari ini saya menyampaikan kuliah 'Akhlak Rasulullah s.a.w.'. Di antara yang saya kongsi bersama para hadirin ialah:

1- Kita perlu mempelajari bentuk rupa paras Rasulullah s.a.w. di samping kita mempelajari akhlak Baginda. Malah mempelajari akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari mempelajari rupa paras fizikal insan agung ini. Oleh itu kita dapati para ulama hadith sepanjang zaman mengumpulkan begitu banyak hadith-hadith 'rupa paras' Nabi s.a.w.

2- Jangan kita anggap mempelajari akhlak Rasulullah s.a.w. ini ibarat mempelajari sesuatu yang mustahil untuk kita ikuti atau contohi. Sebahagian kita berkata : 'Nabi s.a.w. tak apalah, kita ni manusia biasa, kita tak boleh contohi Baginda'. Ini tanggapan yang salah dan seolah 'berputus asa' sebelum mencuba. Sedangkan Nabi s.a.w. diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik dan Baginda mengajarkan kita pelbagai akhlak mulia untuk kita ikuti sedaya mampu. Kalau tak dapat ikut semua, jangan sesekali tinggalkan semua!

3- Bila diperhalusi, kita akan dapat melihat bahawa akhlak Nabi s.a.w. ialah akhlak yang 'terbaik, sesuai dengan keadaan dan kepelbagaian sifat manusia'. Inilah yang ingin kita ambil sebagai contoh. Nabi s.a.w. senyum dan redha pada keadaan tertentu, marah dan menegur pada keadaan yang lain. Nabi s.a.w. bertolak ansur dan bertegas mengikut kesesuaian. Baginda s.a.w. memberikan respon sesuai dengan keperluan para sahabatnya dalam keadaan yang berbeza. Inilah kepakaran Baginda s.a.w.!

4- Juga bila dilihat dengan mendalam, kita dapati bahawa Baginda begitu merendah diri dan bersikap amat sederhana sehingga disenangi oleh setiap lapisan masyarakat. Baginda boleh berjalan bersama sahabatnya, boleh menunggang unta bersama dengan mereka malah ada yang menunggang di belakang Baginda di atas unta yang sama. Baginda boleh makan semua makanan yang dimakan oleh sahabat-sahabatnya, juga Baginda berpakaian seperti mereka.

5- Marilah kita bersama mempelajari akhlak Baginda s.a.w. dengan mempelajari kehidupan Baginda dan hadith-hadith Baginda. Itulah caranya untuk kita memperbaiki kehidupan kita agar lebih 'berakhlak' dan pasti kita akan dapat melihat kesannya di depan mata kita, insya Allah!

Thursday 24 November 2011

Ketika Marah, Perlu Diam Sejenak


Kita semua pasti akan melalui ketikanya di mana kemarahan kita tidak tertahan lagi. Lalu kita lepaskan kemarahan itu dengan pelbagai cara. Antara cara yang amat mudah dan amat melegakan ialah dengan lisan, iaitu mengeluarkan pelbagai kata-kata sama ada kata-kata kesat, kata perli dan biadap, atau penghinaan terhadap seseorang atau sesiapa sahaja yang menyebabkan kemarahan.

Biasa kita dengar bahawa cara inilah yang banyak mendatangkan kesan buruk - pergaduhan, persengketaan, dendam, pembunuhan, perceraian dan bermacam-macam lagi. Dan biasanya ia akan menjadikan kita 'menyesal'.

Kebiasaannya - saya dan anda - akan cepat menuturkan sesuatu yang dianggap 'melepaskan' kemarahan ketika mana kita marah.

Di sinilah letaknya salah satu daripada cara atau teknik penting untuk kita mengelakkan 'penyesalan' dan banyak perkara negatif hasil daripada tidak mengawal percakapan ketika marah.

Teknik itu ialah - ketika marah, diam sejenak. Diam sejenak bermakna kita sedang menahan marah itu pada ketika kemuncaknya. Bayangkan pada waktu itu kita tuturkan kata-kata tertentu, mungkin ia akan membawa kehancuran dalam hidup, maka kita diam sejenak untuk membiarkan suhu kemarahan itu turun perlahan-lahan.

Teknik ini bukan cadangan saya, tetapi ia ada dalam sebuah hadith - yang diriwayatkan antaranya oleh Imam Ahmad dalam 'al-Musnad' dan juga Imam al-Bukhari dalam 'al-Adab al-Mufrad' :

وإذا غضبت فاسكت

Maksudnya: Dan apabila kamu marah, maka diamlah.

Percayalah, jika anda ingin merasai kebaikan teknik ini, amalkanlah teknik 'diam sejenak' ini dan anda pasti akan merasai kelegaannya dan ia akan membawa kebaikan yang amat banyak dalam hidup anda, insya Allah!

Friday 18 November 2011

Mendidik Anak Mencintai Nabi s.a.w. - Perlu Serius!

Mendidik kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. dalam diri anak-anak dan cucu kita adalah satu tuntutan yang amat penting. Kita sebagai ayah, ibu atau datuk dan nenek perlu berfikir adakah kita beenar-benar serius dalam mendidik anak-anak dan cucu ke arah mengenali dan menyayangi Rasulullah s.a.w.?

Pertama, lihat dalam sukatan persekolahan anak dan cucu kita - adakah ada di dalamnya subjek atau sukatan yang menyentuh tentang Rasulullah s.a.w.? Jika ada, adakah ia banyak dan mencukupi atau hanya sekadar ada semata-mata?

Kedua, lihat pada bahan bacaan anak dan cucu kita - adakah dalam bahan bacaan itu ada maklumat tentang Nabi s.a.w. atau mereka hanya membaca bahan-bahan hiburan kosong dan kartun yang tidak ada unsur agama?

Ketiga, lihat pula pada perbualan kita dan mereka, adakah kita bercerita atau bercakap dgn mereka sesuatu yang berkaitan dengan diri Rasulullah s.a.w.? Atau kita hanya - marah, perintah, larang, bergurau, cerita yang tak berfaedah? Atau sekadar membawa mereka ke taman permainan atau pusat hiburan dan itu sahaja?

Keempat, lihat pada pendedahan mereka terhadap media dan alat teknologi masa kini - kalau televisyen, apa rancangan yang mereka lihat? Kalau internet, apa laman web yang mereka layari? Adakah kita pernah terfikir - segala yang mereka lihat itu membawa kepada cinta Nabi s.a.w. atau sekadar buang masa?

Jangan salah faham bahawa saya kononnya nak menghalang para pembaca untuk berhibur bersama anak-anak dan cucu, tetapi perlu juga difikirkan 'isi kandungan' kehidupan seharian dan hiburan itu sendiri - adakah membawa ilmu dan manfaat atau sekadar haabis begitu sahaja?

* Kalau perkara-perkara di atas tidak dipandang serius oleh ibu bapa dan datuk nenek, bagaimana kita boleh berangan-angan bahawa anak dan cucu kita akan cintai Nabi s.a.w. kalau tidak ada masa langsung untuk 'Nabi s.a.w.'?

Tuesday 15 November 2011

Buku: Rasa Ingin Membeli atau Ingin Membaca?

Ramai di antara kita dikurniakan satu nikmat yang cukup besar iaitu : Rasa ingin membeli buku. Mengapa saya katakan ia nikmat yang cukup besar? Lihatlah kepada segolongan masyarakat yang sentiasa melintasi kedai-kedai buku atau rak-rak buku di pasaraya, tetapi tidak langsung rasa ingin singgah membeli buku-buku yang bermanfaat. Dalam masa yang sama kita dapat lihat dalam kalangan yang singgah pula berapa ramai yang membeli? Mungkin dibelinya alat tulis atau mungkin juga gula-gula dan coklat, tapi buku?

Maka di antara yang sedikit yang membeli buku dan bahan bacaan ialah diri kita. Alhamdulillah di atas rasa keinginan dan juga rasa mudah membelanjakan wang pada bahan bacaan. Ada yang begitu banyak wangnya habis dibelanjakan untuk membeli alat-alat perhiasan atau alat-alat komunikasi - yg tidak dinafikan juga penting - tetapi amat sukar untuk berbelanja membeli bahan bacaan. Kalau bertemu dengan buku yang berharga RM50 ke atas, maka terkeluarlah dari mulutnya : 'mahalnya!'.

Namun begitu satu lagi 'keinginan' atau 'rasa' yang boleh dianggap satu nikmat yang lebih besar ialah - rasa ingin membaca buku yang dibeli. Dalam kalangan yang membeli, berapa ramaikah yang sanggup membuka dan membaca helaian demi helaian hingga habis? Tidak ramai. Adakah kita ingin tergolong juga dalam golongan tersebut? Beratus-ratus ringgit kita habiskan malah juga ada yang menghabiskan ribuan ringgit membeli buku-buku tertentu, tapi malang nasib buku itu selepas dibeli, ia disimpan dan ditutup rapat tanpa dibuka. Kalau dibuka pun, hanya dibaca sekejap sahaja dan lepas itu mungkin mengantuk atau terus disimpan.

Semoga kita dikurniakan rasa 'ingin membeli' dan juga rasa 'ingin membaca' setiap buku yang telah kita beli lalu kita penuhkan rak buku atau ia berdebu dan kotor kerana tidak pernah dibuka!

nasihat untuk saya dan anda...

Wednesday 9 November 2011

Melagukan Al-Quran - Terkenang Abu Musa al-Asy'ari r.a.

Abu Musa al-Asy'ari (nama penuhnya Abdullah Bin Qais - wafat 44H) - seorang sahabat Nabi s.a.w. yang amat dikenali. Namun begitu tahukah anda bahawa beliau merupakan salah seorang sahabat yang mempunyai kelebihan khusus dalam satu kesenian - 'melagukan bacaan Al-Quran'.

Bayangkanlah kemerduan suara dan alunan bacaannya sehingga menjadikan Rasulullah s.a.w. amat suka mendengar bacaannya. Malah Rasulullah s.a.w. pernah dalam diam mendengar dan menghayati bacaan Abu Musa al-Asy'ari tanpa pengetahuan beliau. Lalu keesokan harinya Rasulullah s.a.w. memberitahu beliau tentang perkara itu lalu Abu Musa berkata : 'kalaulah aku tahu engkau sedang mendengar wahai Rasulullah, pasti akan aku lagukan dan indahkan lagi bacaanku'.

Umar Bin al-Khattab pula ada ketikanya mengajak para sahabat lalu duduk bersamanya.Kemudian Umar menyuruh Abu Musa al-Asy'ari memperdengarkan bacaannya, maka menangislah Umar dan para sahabat kerana kemerduan suaranya.

Masruq Bin al-Ajda' (wafat 62H), salah seorang tabiin pernah berkata bahawa beliau amat berharap Abu Musa al-Asy'ari memanjangkan bacaannya ketika menjadi imam kerana kemerduan suaranya.

Marilah kita berusaha untuk melagukan bacaan Al-Quran dan mengindahkannya lagi bersesuaian dengan saranan Nabi s.a.w. agar kita melagukannya, dan bersesuaian juga dengan apa yang dilakukan oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a.!

Saturday 5 November 2011

Beberapa Soalan Untuk Yang Menerima Kajian al-Albani

Soalan-soalan berikut adalah untuk anda (pengguna pendapat al-Albani dalam hadith) agar anda dapat menetahui sejauh mana anda telah menjadi seorang pengkaji yang tahu cara membuat kajian berbentuk perbandingan, atau anda sekadar pengikut dan pentaqlid semata-mata.

1- Ketika menggunakan pandangan al-Albani, adakah anda merujuk terus kepada buku tulisan beliau atau hanya menggunakan sumber kedua atau ketiga yang menukilkan pandangan beliau? Atau anda hanya menggunakan buku terjemahan?

2- Tahukah anda bahawa al-Albani pernah mengubah sebahagian pandangan beliau yang terdahulu dalam buku-bukunya yang terkemudian?

3- Adakah anda mampu mengenal pasti manakah buku al-Albani yang lama dan juga bukunya yang terdahulu?

4- Pernahkah anda membuat perbandingan antara kajian al-Albani dengan kajian ahli hadith moden yang lain masa kini?

5- Pernah atau tidak anda membuat juga perbandingan kajian al-Albani dengan kajian ulama hadith silam seperti Ahmad Bin Hanbal, Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur'ah dan lain-lain?

6- Atau adakah anda menyangka bahawa pandangan al-Albani adalah 'muktamad' dan tak perlu pada kajian perbandingan?

7- Ketika membaca penilaian al-Albani terhadap seseorang periwayat hadith (sama ada thiqah, dhaif, soduq dll) adakah anda merujuk semula kepada buku-buku kajian periwayat (Buku al-Jarh wa at-Ta'dil atau buku al-Rijal) untuk membuat kajian lanjut atau pengesahan?

8- Pernahkah anda membaca buku-buku yang mengkritik al-Albani? Jika ya, adakah anda berusaha mencari jawapannya dan membela al-Albani atau and mengambil sikap menolak bulat-bulat?

9- Soalan terakhir untuk kali ini : adakah anda mampu untuk membela al-Albani dengan hujah atau anda lebih suka menganggap bahawa kritikan terhadap al-Albani ialah pemmbohongan semata-mata?

Terima kasih kerana sudi membaca dan menjawab!

Thursday 3 November 2011

Wacana Ilmu Hadith - Isu-Isu Tentang Zikir Selepas Solat

JEMPUT HADIR:

Khamis, 3 Nov 2011 - IIS, atas Saba Islamic Media, Setiawangsa

Bermula 8 malam

Wacana Ilmu Hadith - "ISU-ISU TENTANG ZIKIR SELEPAS SOLAT"

- Fokus pada isu-isu:

1- Zikir dengan suara yang kuat/nyaring

2- Zikir dengan menggunakan alat tasbih

Tuesday 1 November 2011

Kuliah Pengajian Terkini

2 Nov (Rabu) - Sunan Ibn Majah - selepas Maghrib - Surau al-Kauthar, p18 r13, Putrajaya

3 Nov (Khamis) - 'Isu-Isu Berkaitan Zikir Selepas Solat' - 8 mlm - IIS, atas Saba Islamic Media, Setiawangsa

5 Nov (Sabtu) - Sunan Abu Daud - selepas Maghrib - Masjid as-Syariff, Meru

Monday 24 October 2011

Program Ilmu Terkini

1- Isnin, 24 Okt - Huraian Hadith 40 : Hadith 14, 15, 16
selepas Maghrib
Masjid Kg. Sg. Sekamat, Kajang

2- Sabtu, 29 Okt - Fiqh Hadith : Zikir - Tangan atau Tasbih?
10 pagi
IIS - Saba Islamic Media - Setiawangsa

3- Ahad, 30 Okt - Kehebatan Imam as-Syafie dalam Ilmu Hadith
selepas Maghrib
Surau al-Ikhwan, Bandar Pinggiran Putra, Putrajaya

Monday 17 October 2011

Janganlah Asyik Menyalahkan Jin!

Saya pasti anda pernah bertemu dgn sebahagian masyarakat umat Islam hari ini yang asyik dengan - menghalau jin dan mengubati sihir. Kita menerima wujudnya Jin Kafir atau Syaitan yang mengganggu manusia. Kita juga pasti wajib menerima kewujudan sihir kerana ia jelas disebutkan dalam Al-Quran.

Tapi yang menghairankan saya ialah sikap sebahagian mereka yang begitu asyik dengan Jin dan Syaitan hinggakan terbina satu 'fakta' (berbukti atau tidak itu tak pasti) bahawa SEMUA penyakit sama ada fizikal atau mental...SEMUA berpunca dari gangguan Jin Kafir atau Jin Islam yang jahat. Sampai begitu sekali?

Apa buktinya? Apakah ada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Sahih yang menyokong? Apa yang saya dapati buktinya ialah - beberapa tafsiran dan pandangan ilmuan yang memberikan kesimpulan. Pendek kata ia bukanlah berdasarkan bukti, tapi lebih berdasarkan pandangan tertentu dan emosi pihak tertentu.

Sampaikan ada yang menyatakan setiap hari dan setiap waktu ada sahaja manusia yang diserang Jin atau terkena sihir. Begitu ramai manusia pada hari ini yang diganggu dan sakit kerana semua ini?

Jangan kita lupa bahawa hukum alam yg telah ditentukan Allah SWT - setiap penyakit ada sebab dan ada ubatnya (walaupun mungkin ia belum ditemui, ia pasti akan ditemui insya Allah). Hukum alam ditetapkan oleh Allah SWT dan ia difahami dan dikaji oleh pakar perubatan sepanjang zaman dari kalangan orang-orang Islam dan bukan Islam.

Kenapa mahu dinafikan kajian berdasarkan sebab musabab dan hukum alam ini? Mengapa perlu dipinggirkan kajian pakar-pakar perubatan ini seolah kajian mereka tidak Islamik? Adakah kita mahu mengatakan kepada orang-orang Islam - jangan pergi klinik atau hospital kerana semua penyakit anda adalah disebabkan Jin dan Sihir, maka pakar perubatan moden tak mampu ubati. Yang mampu ubati siapa?

Thursday 13 October 2011

AL-MUQSITUN DALAM AL-QURAN

DEFINISI
Al-Quran menyatakan bahawa Allah SWT amat mencintai golongan muslimun yang dipanggil al-Muqsitun. Terdapat hanya tiga ayat yang menyebut kalimah al-Muqsitun, dan kesemuanya mengaitkan cinta dan kasih Allah SWT kepada golongan ini. Ayat-ayat tersebut ialah:


سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿المائدة: 42
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿الحجرات: 9

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿الممتحنة: 8

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Al-Muqsitun adalah golongan muslimun yang bersifat adil dalam membuat sesuatu hukuman. Ianya berasal dari kalimah al-Qist yang bermaksud adil. Walaupun al-Qist dan al-‘Adl membawa maksud yang sama iaitu keadilan, Allah SWT tetap memanggil mereka yang menegakkan keadilan dengan panggilan al-Muqsitun dan bukan al-‘Adilun. Tidak ada satu pun kalimah al-‘Adilun dalam mana-mana ayat al-Quran. Justeru, para mufassir telah menyebut bahawa terdapat perbezaan antara kalimah al-Qist dan al-‘Adl. Al-Qist adalah keadilan yang dilaksanakan ke atas dua pihak atau lebih yang menjadikan mereka semua itu senang dan berpuas hati dengan keputusan tersebut. Manakala al-‘Adl adalah menempatkan segala sesuatu pada tempatnya walaupun mungkin tidak menyenangkan satu pihak. Dengan demikian, penyelesaian menang-menang antara semua pihak merupakan satu bentuk al-Qist. Oleh kerana itu, Allah SWT suka kalau keadilan dilaksanakan walaupun mengakibat kerenggangan hubungan antara dua pihak yang berselisih. Tetapi Dia lebih suka lagi kalau kebenaran dapat dicapai sekaligus menciptakan hubungan harmonis antara pihak yang berselisish.


Namun, al-Quran juga menyebut tentang mereka yang digelar al-Qasitun yang turut berasal dari kalimah yang hampir sama iaitu al-Qast. Al-Qasitun bermaksud al-Ja’irun (orang yang zalim menyeleweng dari kebenaran). Asal kalimahnya ialah al-Qast yang bermaksud zalim. Al-Qasitun diulang dua kali dalam dua ayat pada surah Al-Jin, menerangkan tentang kelompok jin yang terbahagi dua iaitu yang muslimun dan Qasitun. Firman Allah SWT:


وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ ۖ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَـٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا ﴿١٤﴾ وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا﴿الجن: 14-15

Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '


Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa al-Qasit bermaksud orang zalim manakala al-Muqsit bermaksud orang adil dalam perbuatan dan perasaan.

AL-MUQSITUN DALAM KEHIDUPAN
Al-Quran menjelaskan seseorang muslim itu bukan sahaja perlu adil tetapi perlu juga berusaha menjadi Muqsitun dalam setiap aspek kehidupannya. Antara aspek yang perlu diperhatikan oleh Muqsitun ialah:

1. Ketika memberi hukuman, keputusan atau penilaian. Walaupun seorang muslim itu membenci seseorang, kebencian tersebut tidak boleh menjejaskan hukuman yang diberikan. Contohnya, Allah SWT menyuruh Nabi SAW agar memberi hukuman sekiranya diminta oleh orang yahudi atau munafiq dengan keputusan yang adil (kepada kedua belah pihak) walaupun ada kebencian terhadap mereka. FirmanNya:


سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿المائدة: 42

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Arahan Allah itu turut meliputi orang beriman yang lain apabila Allah SWT menyuruh mereka agar sentiasa (dalam apa juga keadaan) menjadi penegak keadilan dalam semua hukumNya tanpa ada kebencian.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿المائدة: 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dalam ayat tersebut, Allah SWT mengaitkan sifat Adil dan al-Qist itu dengan sifat Taqwa. Maka al-Muqsitun juga adalah al-Muttaqun.

Dalam ayat yang berkaitan, Allah SWT berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّـهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّـهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا ﴿النساء: 135

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

Al-Muqsitun al-Muttaqun tidak pilih kasih dalam hukuman dan keputusannya. Disebut juga dalam ayat tersebut bahawa al-Qist atau keadilan itu bermaksud tidak tepengaruh dengan pujukan perasaan dan hawa nafsu. Al-Muqsitun merupakan mereka yang merdeka jiwanya dalam membuat keputusan.


2. Ketika mendamaikan pertelingkahan beberapa pihak. Al-Muqsitun adalah mereka yang cintakan perdamaian (al-Islah) dan sentiasa berusaha mencari jalan yang boleh membawa perdamaian. Maka al-Muqsitun juga adalah al-Muslihun. FirmanNya:


وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿الحجرات: 9

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


3. Ketika bersosial dengan pihak yang tidak memusuhi Islam dan ummatnya. FirmanNya:


لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿الممتحنة: 8

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Dalam ayat tersebut, al-Qist dikaitkan dengan al-Birr (al-‘Adl wa al-Ihsan) iaitu kebaikan dan kebajikan. Maka al-Muqsitun adalah al-Muhsinun yang sentiasa menjaga kebajikan dan kebaikan pihak bukan Islam yang tidak memusuhi Islam. Hak-hak mereka dijaga dan diberi secara adil dan saksama. Contohnya, hak beragama, hak bersuara, hak bekerja,dan sebagainya.

4. Dalam pengurusan harta dan keperluan anak yatim terutama anak yatim wanita. FirmanNya:


وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللَّـهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَن تَنكِحُوهُنَّ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَانِ وَأَن تَقُومُوا لِلْيَتَامَىٰ بِالْقِسْطِ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا ﴿النساء: 127

Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka; dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil lagi). Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya


Islam amat menjaga kepentingan dan hak anak-anak yatim terutama yang melibatkan pegurusan harta mereka sehinggakan azab Allah SWT amat pedih buat mereka yang zalim (lawan al-Qist) memakan harta tersebut. FirmanNya:


إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا ﴿النساء: 10

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


5. Ketika menimbang dan menyukat barang perniagaan. Firman Allah SWT.


وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ ﴿هود: 85

Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

Dalam ayat ini, al-Muqsitun disebut sebagai mereka yang menjauhi perbuatan kerosakan (al-Fasad) dalam perkara jual beli yang melibatkan kepentingan orang awam.

6. Allah SWT menyuruh al-Muqsitun untuk ikhlas dalam amalan dan menunaikan solat dengan khusyuk. Allah berfirman:


قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ ﴿الأعراف: 29

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

AL-QIST ADALAH SIFAT ALLAH, RASUL-NYA DAN PARA PENDAKWAH
Allah SWT menjelaskan yang Dia amat adil dalam pembahagian rezeki dan nikmat keperluan makhlukNya. Firman Allah SWT:


شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿آل عمران: 18

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Keadilan Allah SWT juga pada balasan ganjaran orang soleh diakhirat nanti. FirmanNya:


إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا وَعْدَ اللَّـهِ حَقًّا إِنَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ بِالْقِسْطِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ ﴿يونس: 4

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

Begitu juga keadilan Allah SWT pada azab orang zalim diakhirat nanti, firmanNya:


وَلَوْ أَنَّ لِكُلِّ نَفْسٍ ظَلَمَتْ مَا فِي الْأَرْضِ لَافْتَدَتْ بِهِ وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿يونس: 54

Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya); dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu; dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.
Para rasul juga Muqsitun dalam tindak-tanduk mereka. Firman Allah SWT:


. وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿يونس: 47

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya


Dan akhirnya, Allah SWT mensifatkan para pendakwah kebenaran yang dibunuh Bani Israel sebelum kedatangan nabi Muhammad SAW sebagai mereka yang bersifat al-Qist. FirmanNya:


إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿آل عمران: 21

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Wallahu’alam
JADILAH GOLONGAN MESRA AL-QURAN

Wednesday 12 October 2011

Siri Memahami Fiqh Hadith #2

Siri Memahami Fiqh Hadith #2

'Lukisan, ukiran dan gambar - Halal atau Haram?'

Khamis, 13 Okt 2011

selepas solat Maghrib

Masjid al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras

Kuliah Sunan Ibn Majah

Kuliah - Siri Sunan Ibn Majah

Rabu , 12 Okt 2011

Selepas solat Maghrib

Surau al-Kauthar, p 18 r 13, Putrajaya

AL-MUHSINUN DALAM AL-QURAN

DEFINISI IHSAN:
Al-Muhsinun merupakan golongan muslim yang bersifat Ihsan. Kalimah Ihsan berasal dari kalimah al-Husn yang bermaksud sifat menjadi baik atau cantik. Lawan bagi kalimah al-Husn ialah al-Qubh (keburukan) dan al-Su’(kejahatan).

Al-Qurán menggunakan kalimah Ihsan dan Muhsinun lebih daripada tujuh puluh kali. Anatara contoh ayat al-Quran tersebut ialah


وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ واتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً

Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. 4:125


وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 2:195


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. 29:69

Dari konteks al-Quran, kalimah Ihsan merujuk kepada melakukan sesuatu dengan cara yang oaling sempurna dan terbaik. Imam al-zamakhsyari dalam menafsirkan ayat 16: 90,


إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, 16:90
Beliau menyebutkan: Keadilan bermaksud kefardhuan (al-Fard) kerana keadilan Allah dibuktikan apabila Allah memfardhukan hambaNya dengan sesuatu yang didalam kemampuannya. Maka mereka tiada alasan untuk meninggalkannya. Manakala Ihsan bermaksud amalan sunat (al-Nadb/ al-Nafilah).

Dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan Ihsan dalam al-Quran ialah seorang muslim bukan sekadar melaksanakan kewajipan yang difardhukan ke atasnya oleh Allah SWT (seperti solat lima waktu, puasa sebulan dibulan ramadhan atau zakat ). Tetapi dia juag memberi tambah nilai kepada amalan tersebut dengan melaksanakan amalan sunat seperti solat suant dhuha dan tahajjud, puasa sunat syawal dan sedekah jariah. Justeru, Muhsinun dari konteks ini boleh ditakrifkan sebagai muslimun yang cemerlang amalannya. Pelaksanaan ihsan dalam amalan seorang muslim adalah disebabkan dia mempunyai perasaan dekat dan gerun dengan Allah SWT, sesuai dengan takrifan Nabi Muhammad SAW tentang Ihsan:

(أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك)

Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, tetapi jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhNya Dia melihat kamu.”

SIFAT AL-MUHSINUN
Al-Quran menyeru muslim agar mempertingkatkan diri kepada Muhsin. Sebagai insentifnya, Allah SWT menjanjikan pahala yang tidak terbayang dan kecintaan yang tertinggi buat mereka yang menjadi Muhsin. FirmanNya:


وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 2:195


إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 9:120


فَآتَاهُمُ اللّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الآخِرَةِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. 3:148

Oleh yang demikian, Al-Quran telah menggariskan sifat-sifat penting yang perlu dimiliki oleh muslim untku mencapai martabat Muhsin. Sifat-sifat tersebut adalah:


1. Taqwa: Taqwa merupakan sifat terpenting bagi mencapai Muhsin kerana banyak ayat Al-Quran yang mengaitkan Taqwa dan Muhsin. Contohnya:


لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُواْ إِذَا مَا اتَّقَواْ وَّآمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَواْ وَّآمَنُواْ ثُمَّ اتَّقَواْ وَّأَحْسَنُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 5:93
Taqwa bermaksud merasai takut kepada Allah sehingga membangkitkan keinginan melakukan amalan sebanyak mungkin dan menjauhi laranganNya. Sayyidina Ali bin Abi Talib pernah mentakrifkan taqwa sebagai: Takut kepada Allah al-Jalil, beramal dengan Al-Quran (al-Tanzil), merasai cukup dengan sedikit yang ada padanya, dan bersedia untuk hari kematian.


(الخوف من الجليل والعمل بالتنزيل والقناعة بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل)


2. Pemurah dalam berinfaq: Muhsinun Muttaqun melaksanakan infaq samada ketika senang mahupun ketika kesempitan. Pemurah ketika berharta adalah suatu kebiasaan buat muslim. Tetapi pemurah ketika kesempitan harta merupakan amalan paling terpuji keran buka semua muslim mampu melaksanakannya lantaran memikirkan tentang kehendak hidup dirinya sendiri. FirmanNya:


وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).3:133-135
Ayat lain yang turut menjelaskan kemurahan hati golongan muhsin ini boleh dirujuk pada firmanNya:

آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 16 كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ 17 وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ 18 وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ 19

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). 51:16-19

3. Menahan marah dan bersifat pemaaf sesama manusia: Dalam ayat yang sama sebelum ini (3:134), Allah SWT turut menyebut bahawa, Muhsinun adalah mereka yang kuat menahan nafsu marahnya ketika mereka berkuasa melepaskannya. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga mampau memberi kemaafan kepada mereka yang menjadi punca kemarahan tersebut. Kesabaran mereka amat luar biasa. FirmanNya:


وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.11:115


4. Mengingati Allah SWT (al-Zikr) dan sentiasa memohon keampunan daripadaNya (al-Tawbah): Dalam ayat yang sama juga (3:134-135), Allah SWT menjelaskan yang Muhsin tidak pernah lupa kepada Kewujudan, Keadilan,Kemurahan dan Kecintaan Allah SWT. Setiap kali mereka melakukan kesilapa, akan segera mereka kembali kepadaNya tanpa bertangguh. Dan selalunya, bermunajat kepada Allah ketika diawal fajar sepertimana firmanNya:


آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 16 كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ 17 وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ 18

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).51:16-18


5. Mendirikan Solat Dan Menunaikan Zakat : Firman Allah SWT:


تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ 2 هُدًى وَرَحْمَةً لِّلْمُحْسِنِينَ 3 الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ 4 أُوْلَئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. 31:2-5
Dalam ayat yang lain, Allah SWT menyebut bahawa mereka turut menunaikan solat sunat dimalam hari.


آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 16 كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ 17

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. 51:16-18
Para Mufassir menyebut bahawa kurangnya tidur dikalangan muhsinun adalah disebabkan banyaknya solat diwaktu malam.

CONTOH AL-MUHSINUN
Dalam al-Qurán, Allah SWT telah mensifatkan para NabiNya dengan Ihsan. Antara Nabi tersebut ialah:


1. Nabi Yusuf A.S: Allah SWT memanggil baginda dengan gelaran Al-Muhsin sebanyak lima kali dalam surah yusuf iaitu:
a. Ketika baginda membesar dalam istana pembesar mesir yang membeli baginda:


وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

12:22 Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
b. Ketika dipenjara dipandang mulia oleh banduan lain:


وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانَ قَالَ أَحَدُهُمَآ إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْرًا وَقَالَ الآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ


12:36 Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)".
c. Dilantik menjadi penjaga perbendaharaan negara:


وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاء نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. 12:56
d. Abang-abang baginda memandangnya sebagai muhsin.


قَالُواْ يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ إِنَّ لَهُ أَبًا شَيْخًا كَبِيرًا فَخُذْ أَحَدَنَا مَكَانَهُ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

12:78 Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi ".
e. Ketika mereka semua dipertemukan kembali oleh Allah SWT.


قَالُواْ أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُ قَالَ أَنَاْ يُوسُفُ وَهَـذَا أَخِي قَدْ مَنَّ اللّهُ عَلَيْنَا إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. 12:90


2. Nabi Nuh A.S: Baginda amat sabar dalam dakwah walaupun mengambil masa yang lama (berdakwah selama 950 tahun) dan hanya sedikit yang mengikutnya. Justeru Allah SWT memuji kesabaran yang ditunjukkan baginda. Baginda adalah contoh pendakwah yang perlu diikuti semua pendakwah.


سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ 79 إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ 80 إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ 81

Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik. Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.(37:79-81)


3. Nabi Ibrahim A.S: Baginda dipuji Allah SWT kerana ketenangan dan kesabaran ketikaka menerima arahanNya agar meninggalkan isteri dan anak kecilnya. Kemudian setelah membesar anaknya itu, diuji pula untuk menyembelih anak tersebut.


سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ 109 كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ 110 إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ 111

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. 37:109-111

4. Nabi Musa A.S dan Harun A.S: Allah SWT memuji kedua mereka kerana keberanian dan kesabaran dalam menyampaikan tawhid kepada sejahat-jahat manusia iaitu Firaun.


سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ 120 إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ 121 إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ 122

Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!" Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman. 37:120-122
Kesimpulan yang boleh diambil adalah, gelaran al-Muhsinun diberikan Allah SWT kepada mereka diatas kesabaran tinggi, ketenangan, fokus, istiqamah, tawakal yang ditunjukkan dalam tugas mereka iaitu berdakwah.

Wallahu’alam
JADILAH GOLONGAN MESRA AL-QURAN

Tuesday 11 October 2011

AL-MUKMINUN DALAM AL-QURAN

SIFAT UMUM AL-MUKMINUN:
Al-Quran berulang kali membicarakan tentang golongan al-Mukminun. Semua ayat tersebut menceritakan sifat-sifat seorang mukmin yang perlu dicontohi setiap individu yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan RasulNya SAW. Antara sifat-sifat mukminun yang disebut al-Quran ialah:
1. Mempunyai hati yang amat sensitif dengan ayat-ayat Allah SWT (samada ayat al-manzurah atau ayat al-maqru’ah). Setiap kali dibacakan ayatNya maka akan bertambah imanNya. Hasilnya, hubungan mereka dengan Allah SWT dan hubungan kemasyarakatannya akan bertambah erat. FirmanNya dalam surah al-Anfal

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.[3]Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.[4]Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

2. Kuat rasa tawakkal mereka terhadap Allah SWT. FirmanNya dalam surah al-Tawbah (51):

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

3. Selain dari menjaga solat dan zakat yang diwajibkan, mukminun akan berganding bahu tolong menolong, bersama mukminat dalam kerja-kerja dakwah. FirmanNya dalam surah al-Tawbah(71):

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

4. Berusaha mendalami ilmu pengetahuan demi menyumbang kebaikan kepada masyarakat. FirmanNya dalam surah al-Tawbah (122):

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

5. Mengutamakan persaudaraan (ukhuwwah) sesama muslim berbanding sebarang perbezaan atau kekhilafan pada pendapat dan perbuatan. FirmanNya dalam surah al-Hujurat(10):

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

SIFAT KHUSUS AL-MUKMINUN:

Menarik untuk diteliti apabila terdapat surah khusus yang dinamakan al-Mukminun. Dipermulaan surah ini, Allah SWT menjanjikan kejayaan (al-Falah) buat al-Mukminun. Kejayaan hidup dunia dan akhirat itu adalah suatu kepastian kerana mustahil bagi Allah SWT untuk mengingkari janjiNya. FirmanNya:

(قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ(1

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Kunci kejayaan al-Mukminun itu terletak pada enam sifat utama. Menurut Syed Qutb, kesemua sifat itu melambangkan sifat muslim yang berada diperingkat tertinggi. Iaitu peringkat nabi Muhammad SAW, insan paling sempurna di muka bumi yang perlu dicontohi setiap muslim. Kerana, Saidatina ‘Aisyah R.A apabila ditanya tentang akhlaq baginda SAW, dijawabnya: “Akhlak baginda adalah al-Quran”, kemudian beliau membacakan ayat 1 hingga 9 dari surah ini. Dan beliau berkata: “ Begitulah Rasulullah SAW. ( Riwayat al-Nasa’ei)

Enam sifat tersebut adalah:

1. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Solat yang khusyuk adalah syarat yang terpenting kejayaan mukmin. Solat khusyuk ditakrifkan sebagai solat dengan hati yang takut hanya kepadaNya dan dengan sikap badan yang tunduk taat. Kesannya, mereka bebas dari ketakutan kepada makhluk selainNya. Jiwa menjadi berani dan bebas kerana nilai hidupnya terletak pada redhaNya sahaja


2. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Menjauhi sebarang perbuatan, percakapan dan fikiran yang tiada faedah dan tiada nilainya kerana mukmin itu sedar bahawa hidup dunia ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perkara sebegitu. Senda gurau yang berlebihan dielakkan. Peribadinya mulia hingga disenangi orang sekeliling. Berjaya mukmin itu kerana mengawal nafsunya. Allah mengulangi lagi kepentingan sifat ini dalam surah al-Furqan ketika membicarakan tentang sifat Ibad al-Rahman (72):


وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

3. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang melaksanakan zakat

Zakat dalam ayat ini tidak terhad kepada pemberian zakat dalam rukun Islam, tetapi meliputi sebarang tindakan yang berbentuk pembersihan jiwa dan nafsu dari sebarang sifat mazmumah. Hati yang bersih menghasilkan perangai yang bersih. Perangai yang bersih akan disukai Allah SWT dan orang disekelilingnya. Maka, berjayalah mukmin itu. Seperti yang disebut Allah dalam surah al-A'la (14):

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

4. وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Berjaya seorang mukmin itu kerana memelihara kehormatan diri dari terjebak dalam perbuatan keji seperti zina dan seumpamanya. Perbuatan keji menjatuhkan maruah manusia, merendahkan martabatnya sehina haiwan. Terpeliharanya manusia dari zina buka sekadar kejayaan individu, malah kejayaan buat masyarakat sebab jauh dari sebarang masalah social dan kerosakan nilai kekeluargaan dan kejiranan. Justeru suruhanNya juga jelas dalam surah al-Nur(30):
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

5. وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Bukan sekadar Allah SWT yang menekankan nilai amanah bagi seorang mukmin. Malah RasulNya juga tidak terkecuali bersabda:

لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ
Tiada iman bagi yang tidak amanah”
Amanah membawa maksud segala kewajipan, ketaatan dan kefardhuan yang difardhukanNya ke atas hamba-hambaNya, iaitu semua ajaran agama yang diwajibkan dan ditegah. Termasuk juga amanah itu segala tanggungjawab seorang individu terhadap diri dan semua ahli masyarakat. Contohnya, amanah harta, amanah ilmu, amanah suami isteri, amanah anak, amanah kerja, amanah pemerintahan negara dan sebagainya.

6. وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Solat diulang kali kedua membayangkan betapa pentingnya solat penentu kejayaan. Hamka menyebut: Dari sembahyang kita mulai langkah dengan khusyuk, kita jalan terus ke muka menghadapi masyarakat, menegakkan rumahtangga dan menegakkan negara. Dan setelah negara berdiri, kita bertekun lagi memelihara hubungan dengan Ilahi dengan sembahyang, moga-moga kita selalu diberi kekuatan menghadapi soal-soal dihadapan kita. Benarlah firmanNya dalam al-Baqarah(153):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

7. أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi [11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Kejayaan dan kemenangan yang dicapai diakhirat adalah syurga. Benarlah juga firmanNya dalam surah Ali-Imran:

فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ

SYARAT SYARIAT
Sebagai orang yang beriman dengan Allah SWT dan RasulNya SAW, sudah pasti perkara yang wajib dilaksanakan sebagai manifestasi keimanannya itu adalah syariatNya. Oleh kerana itu, kesemua ayat-ayat hukum dalam al-Quran dimulai dengan syarat IMAN. Iman menjadikan seseorang itu mudah patuh dan taat kepada yang diimani tanpa persoalan dan keengkaran. Maka, hidup mukmin itu adalah hidup bersyariat, berhukum dan bersistematik sesuai dengan status ahli syurga yang dipegangnya.
Antara contoh ayat-ayat hukum tersebut adalah dalam surah al-Baqarah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١٧٢﴾ إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّـهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.[173]Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 172-173)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (183).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.[279]Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Hakikat Mukmin adalah melalui pembuktian amalan. Sebab itu juga ayat-ayat yang tentang iman akan digandingkan dengan amal soleh, contohnya dalam surah al-Baqarah (25 dan 82):
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَـٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dalam Surah al-Nisa pula (57 dan 122):

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ لَّهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ وَعْدَ اللَّـهِ حَقًّا ۚ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّـهِ قِيلًا


Wallahu’alam
JADILAH GOLONGAN MESRA AL-QURAN

Monday 10 October 2011

AL-MUKHBITUN DALAM AL-QURAN

Al-Mukhbitun adalah golongan manusia yang disebut di dalam Al-Quran sebagai mereka sangat taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Asal kalimahnya adalah al-Khabatu yang bermaksud tempat yang tenang serta selesa di bumi. Dalam Tajul ‘Arus mendefinisikan sifat al-Ikhbat dengan maksud khushu’ dan tawadhu’. Sekiranya seorang lelaki itu disebut sebagai bersifat ikhbat kepada Tuhannya bermaksud lelaki itu mencari ketenangan padaNya melalui khushu’ dan tawadhu’nya dalam ibadah.

Golongan ini sebenarnya mempunyai ketenangan dalam berhadapan tuntutan nafsu syahwatnya yang sentiasa mengajaknya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Hatinya tidak risau atau takut (al-Khauf) untuk kehilangan nikmat keduniaan ketika hendak melakukan ketaatan (al-Khudhu’) kepadaNya. Dan tidak pula dia sedih atau menyesal (al-Huzn) setelah kehilangan nikmat keduniaan lantaran melaksanakan ketaatan tersebut.

Baginya keinginan hidupnya adalah redha Allah SWT sehingga tidak perlu dia kepada pujian atau kejian manusia. Dia merasai tiada beza baginya antara pujian dan cacian. Dia tidak merasai keseronokan apabila dipuji dan tidak pula dia kesedihan apabila dikeji. Inilah jiwa yang disebut Allah SWT dalam surah sebagai Nafs al-Mutmainnah.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ(27)ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً(28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي(29) وَادْخُلِي جَنَّتِي

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -[28]"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -[29] "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - [30]"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Al-Quran menyebut kalimah yang berkaitan dengan golongan Al-Mukhbitun ini hanya dalam 3 ayat sahaja:

AL-MUKHBITUN DALAM SURAH HUD

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُواْ إِلَى رَبِّهِمْ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ الجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
23. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

Berkata para mufassir tentang ayat yang digaris membawa maksud: tawadu’ dan khushu’ kepada TuhanNya, mencari ketenangan padaNya dan tidak putus-putus beribadah kepadaNya. Ibn Jarir al-Tabari pula mentafsirkanya dengan al-Inabah (Taubat), al-Khauf (Gerun), al-Itmi’nan, al- Khushu’ dan al- Khudhu’. Kemudian beliau merangkumkan semua maksud ini dengan katanya: “Kesemua makna ini adalah saling melengkapi walaupun berbeza istilahnya kerana al-Inabah tercapai kerana al-Khauf kepada Allah, al- Khushu’dan al- Khudhu’ tercapai dengan ketaatan manakala ketenangan pula tercapai dengan al- Khushu’ padaNya. Konteks ayat ini pula merujuk kepada sifat para sahabat Nabi SAW yang mukmin. Justeru dapat difahami bahawa para sahabat nabi SAW adalah mereka yang amat hebat dari segi kualiti dan kuantiti ketaatan kepada Allah SWT. Hati mereka penuh ketenangan dalam berhadapan ujian Allah SWT.

Jika diteliti lagi dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan kedudukan sifat Al-Ikhbat dalam hidup mukmin. Permulaan ayat tersebut Allah SWT menyebut beriman, kemudian beramal soleh dan diakhiri dengan sifat ikhbat kepada Allah SWT. Ini menunjukkan bahawa sifat Al-Ikhbat merupakan hasil dari keimanan dan amal soleh seseorang individu.

Selain itu di akhir ayat tersebut, Allah SWT turut menjelaskan bahawa Al-Mukhbitun merupakan penghuni syurgaNya. Al-Mukhbitun menerima pengiktirafan dan kedudukan yang tertinggi di sisi Allah SWT.

AL-MUKHBITUN DALAM SURAH AL-HAJJ

Terdapat 2 ayat dalam surah al-Hajj yang menerangkan sifat al-Mukhbitun:

1. Ayat 34-35:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34) الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
34 Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat – 35 Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

Dalam ayat ke-34 Allah SWT menjelaskan bahawa Allah SWT telah menetap syariat untuk setiap ummat yang terdahulu maka Allah SWT menyuruh manusia agar patuh pada syariat tersebut dan menyerah diri dalam mentaati semua hukumNya. Oleh itu, barang siapa yang taat maka mereka adalah orang yang mempunyai sifat Al-Ikhbat (Mukhbitin) dan diberikan berita gembira (Busyra) buat mereka. Berita gembira yang dimaksudkan adalah janji syurga Allah buat mereka seperti yang dibincangkan dalam ayat ke-23 surah Hud sebelum ini.

Pada ayat berikutnya iaitu ayat ke-35, Allah SWT menerangkan sifat-sifat Mukhbitin iaitu:

1. Hati-hati mereka takut dan gerun apabila disebut ayat-ayat Allah SWT
2. Mereka amat sabar di atas segala ketentuan Allah samada berbentuk bala dan ujianNya
3. Mereka memelihara solat mereka dengan sempurna dan khusyu’
4. Mereka menafkahkan rezeki kurnianNya yang terbaik kepada keluarga dan saudara mereka, faqir miskin serta berlaku baik (Ihsan) terhadap mereka.

Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud apabila berjumpa dengan seorang Tabi’in bernama al-Rabi’ ibn Khaithum beliau akan membacakan padanya:

وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
Imam al-Ghazali menyebut bahawa sebab Ibnu Mas’ud membaca ayat tersebut terhadap al-Rabi’ kerana beliau amat khusyu’ (rajin ibadah) kepada Allah SWT dan memelihara pandangannya ketika di jalanan hinggakan orang menyangka yang beliau ini buta. Dan sekiranya beliau menziarahi Ibnu Mas’ud dan hamba perempuannya yang membuka pintu, maka al-Rabi’ akan menutup pandangannya hinggakan hamba tersebut memberitahu Ibnu Mas’ud: “Sahabat kamu yang buta telah datang!” Kemudian al-Rabi’ akan disambut Ibnu Mas’ud dengan menyebut hujung ayat tersebut sambil berkata: “Sekiranya Nabi Muhammad SAW melihat kamu pasti baginda akan gembira dan menyukai kamu”.

2. Ayat 54:

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
54. Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

Jika diteliti ayat ini, kedudukan sifat Al-Ikhbat adalah selepas al-‘Ilm dan al-Iman. Dan selepas Al- Ikhbat disebut pula tentang Istiqamah atas jalan hidayah dan kejayaan (al-Falah). Ini menunjukan bahawa sifat Al- Ikhbat adalah hasil dari ilmu dan iman seseorang. Sifat Al- Ikhbat juga adalah kunci untuk menjadi istiqamah dan punca mendapat hidayah Allah SWT. Maka al-Mukhbitin adalah mereka yang terangkum padanya kedudukan al-‘Alimin al-Mukminin al-Muhtadin yang tidak akan terperdaya dengan godaan syaitan.

Wallahu’alam
JADILAH GOLONGAN MESRA AL-QURAN

Wednesday 5 October 2011

Wacana Hadith : Jemput hadir!

'MEMAHAMI FIQH HADITH'

KAJIAN ISU : MERAPATKAN SAF KETIKA SOLAT JEMAAH

Oleh: Adlan Abd Aziz

KHAMIS - 6 OKT 2011 - 8.30 mlm

di IIS, SABA ISLAMIC MEDIA, Setiawangsa, KL

Thursday 29 September 2011

Memperlekehkan 'Mazhab' - Fahaman Yang Merugikan!

Terkadang kita merasa hairan dengan sebahagian ilmuan yang sentiasa menggambarkan kepada masyarakat bahawa Islam itu 'mudah' lagi 'memudahkan' tapi dalam masa yang sama mereka 'menyusahkan' dan 'menyempitkan'. Memang ia menghairankan!

Saya bercakap tentang mereka yang sentiasa mengagungkan fatwa-fatwa keras dan tegas daripada sebahagian ulama yang digelar 'salafi'dengan alasan ia adalah 'ilmu' dan ia adalah 'kebenaran'. Sehingga ada di antara mereka itu yang memberi gambaran seolah mengikuti mazhab-mazhab fiqh yang terkemuka (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali) adalah 'longgar' dan tidak 'ilmiah'. Menurut mereka kita perlu mengambil yang paling 'tepat' dan mesti mengikut Al-Quran dan Hadith!.

Rupanya mereka memang memandang 'lekeh' dan 'rendah' kepada orang-orang yang mengikut mazhab. Di sinilah puncanya mereka sering memberikan kata-kata yang pelik seolah menggambarkan satu persoalan - nak ikut dalil (Al-Quran dan Hadith) atau nak ikut mazhab? Sedangkan semua yang mempelajari sejarah perkembangan mazhab mengetahui bahawa mazhab terhasil dari perbincangan dan pemahaman Al-Quran dan Hadith! Tiada pertembungan! Tapi mereka ini - sebahagian penyeru dan pendakwa 'salafi' atau 'ahli hadith' memberikan kita gambaran yang lain. Sehingga ada di antara mereka yang sanggup menyebut bahawa "apabila Nabi Isa a.s. turun di akhir zaman nanti, Baginda akan berhukum dengan Al-Quran dan Hadith dan bukannya mazhab"!

Mengapa perlu seorang berilmu tertipu dengan gambaran ini? Jelas sekali yang terpedaya ialah kerana beberapa sebab:

1-Tidak mengkaji sejarah perkembangan mazhab-mazhab itu sendiri.Terdapat banyak buku tentang ini dan antara buku yang saya cadangkan ialah hasil karya Dr.Mustafa az-Zarqa'.

2-Tidak mempelajari kisah hidup dan biodata para imam mazhab - Imam Abu Hanifah (wafat 150H), Imam Malik Bin Anas (wafat 179H), Imam as-Syafie (wafat 204H) dan Imam Ahmad Bin Hanbal (wafat 241H). Terdapat banyak juga buku tentang biodata mereka.

3-Tidak menyelidiki bagaimana setiap perbezaan dalam mazhab ini terhasil dan bagaimana dalil-dalil Al-Quran dan Hadith dibincangkan untuk menghasilkan ijtihad tentang sesuatu hukum. Mungkin buku cadangan yang saya boleh sebutkan ialah : Bidayatul Mujtahid karya Ibnu Rusyd.

4-Membanyakkan rujukan dalam bidang fiqh. Kebanyakan yang berfikiran seolah mazhab ini tidak sama dengan fiqh Al-Quran dan Hadith adalah yang terpengaruh dengan bacaan terhad daripada mereka yang menggelarkan diri mereka 'Salafi'.

5-Membaca sejarah perbezaan pandangan dan asal-usul sesuatu fatwa. Terkadang kita dapati fatwa itu sudah pun disebut oleh sebahagian sahabat atau tabiin sebelum daripada imam-imam mazhab. Maka bagaimana ia dengan mudah ditolak begitu sahaja?

Marilah kita menghormati kedudukan 'mazhab' dan pengikutnya yang berilmu. Kita kembali meletakkan kajian ilmu sebagai penentu kebenaran, bukannya golongan tertentu atas nama tertentu.

wallahu a'lam

Tuesday 27 September 2011

Sunday 25 September 2011

Rakaman dan Nota Program 'Mengenali Asas Ilmu Hadith'

Berikut adalah nota dan juga rakaman bagi program 'Mengenali Asas Ilmu Hadith' yang telah diadakan di Masjid al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras (setinggi penghargaan kepada pihak masjid dan hadirin hadirat) pada 22 dan 23 Sept 2011.


PROGRAM : 'MENGENALI ASAS ILMU HADITH'

Disampaikan oleh:
Muhammad Anwaruddin Bin Abd. Wahab (Arab Service, BERNAMA)
Adlan Bin Abd. Aziz (pemudaiman.blogspot.com)

Tujuan:
1- Mendapat gambaran menyeluruh bagaimana kajian berkaitan Hadith berlaku sepanjang zaman.
2- Dengan gambaran yang menyeluruh, salah faham berkaitan Hadith dan kajiannya dapat dikurangkan.
3- Seterusnya ini akan membangkitkan rasa hormat kepada ulama Hadith silam yang telah membangunkan kaedah terbaik dalam memastikan Hadith terpelihara hingga ke hari ini.
4- Membuka jalan permulaan yang baik untuk sesiapa yang ingin mendalami lebih lanjut tentang ilmu ini dengan memberi cadangan-cadangan yang praktikal.

Kepentingan Memahami Istilah

1- Kegagalan memahami istilah-istilah khas berkaitan Ilmu Hadith akan menjejaskan kefahaman terhadapnya.
2- Istilah-istilah ini muncul sepanjang zaman mengikut keperluan dan situasi. Ada di antara istilah ini sudah lama muncul dan ada pula yang muncul selepas sesuatu peringkat masa.
3- Setiap istilah telah dihuraikan dan terdapat perbincangan yang amat mencukupi dalam buku-buku Mustolah Hadith atau Usul Hadith.
4- Cara terbaik ialah membuat perbandingan antara buku-buku Ilmu Hadith bagi menemui persamaan dan perbezaan antara istilah.

Sejarah Periwayatan dan Pembukuan Hadith

1- Kita perlu mengetahui tentang sejarah 'bagaimana Hadith dipelihara, ditulis, dijaga dan disampaikan sejak dahulu hingga kini'.
2- Juga kita perlu mengetahui tentang sejarah 'bagaimana ilmu tentang kajian hadith disusun, ditulis dan dihuraikan'.
3- Kesemua ini untuk memahami bagaimana kedua-kedua bahagian ini bermula dan berkembang. Ia akan mengajar kita pelbagai ilmu dan juga mendidik kita menghormati mereka.

Kaedah Menilai Kesahihan dan Kedhaifan Hadith

1- Setiap penilaian ulama Hadith silam adalah berasaskan kaedah-kaedah kajian yang amat terperinci yamg boleh ditemui dalam pelbagai buku berkaitan kajian hadith.
2- Setiap kaedah perlu difahami dengan baik kerana ia mempunyai perincian dan juga pengecualian tertentu.
3- Apabila mengaplikasikan sesuatu kaedah, ia perlu dibuat serentak atau seiring dengan melihat hasil kajian ulama hadith silam. Ini untuk mengelakkan kegopohan dalam menggunakan kaedah tanpa memahami bagaimana ia sebenarnya telah dipraktikkan dahulu.
4- Kajian mendalam dan menyeluruh adalah cara terbaik untuk memahami kaedah-kaedah ini sebelum ia digunakan.

Ilmu Menilai Periwayat Hadith – al-Jarh wa at-Ta'dil

1- Kepentingan mengetahui bagaimana ulama Hadith menilai periwayat-periwayat antara 'diterima' atau 'ditolak' dan sebagainya.
2- Apakah kaitan antara kaedah penilaian sahih/dhaif dengan ilmu penilaian periwayat?
3- Keperluan mengetahui cara berinteraksi dengan sumber-sumber al-Jarh wa at-Ta'dil agar tidak tersalah dalam menilai periwayat.

Disiplin Dalam Memahami Kandungan Hadith (Fiqh Hadith)

1- Ulama Hadith terdahulu tidak pernah mengabaikan aspek memahami kandungan hadith dan hukum yang ada di dalamnya.
2- Memahami disiplin yang telah digunakan akan membantu kita memahami mengapa sesuatu hadith itu diterima dan bagaimana ia digunakan sebagai dalil dalam hukum agama.


UNTUK RAKAMAN AUDIO DAN VIDEO PROGRAM SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH:

1- AUDIO - KLIK DI SINI

2- VIDEO - KLIK DI SINI

(Terima kasih kpd yang sudi membuat rakaman dan memuatkannya untuk faedah semua khasnya akhi Saiful Iskandar, akhi Amri dan akhi Zubair)

Wednesday 21 September 2011

Program 'Mengenali Asas Ilmu Hadith' - Jemput Hadir!

Program 'Mengenali Asas Ilmu Hadith' - 2 siri

Penyampai: Ust. Muhammad Anwaruddin Bin Abd. Wahab (BERNAMA Arab Service)
Ust. Adlan Abd. Aziz (Pemuda Iman)

Tarikh: 22 dan 23 Sept (Khamis dan Jumaat)

Masa : Selepas Solat Isyak

Tempat: Masjid al-Mukhlisin, Alama Damai, Cheras

Program adalah PERCUMA

'..Program yang akan memberikan gambaran tentang asas dalam kajian Ilmu Hadith dan bagaimana ia berlaku sejak dahulu hingga kini, sesuai untuk semua peringkat Insya Allah...'

Setinggi Penghargaan kepada pihak masjid dan semua yang menjayakan..

Monday 19 September 2011

Apa Inti Perbualan Harian Anda?

Itu antara cara mengukur sejauh mana berkualiti atau tidak masa yang kita habiskan dengan berbual. Setiap manusia perlu teman untuk berbual - ibu bapa, anak isteri, rakan-rakan - kerana perbualan merupakan satu bentuk perkongsian dan tanpa perkongsian hidup tidak bermakna.

Namun seorang manusia berakal seharusnya sedar bahawa apa yang dibualkan itu memakan masa dan tenaganya. Apakah berbaloi kita habiskan masa dan tenaga berbual semata-mata perkara yang kosong atau faedahnya sedikit? Kalau kita menyedari bahawa perbualan seharian kita merupakan penggunaan masa dan tenaga serta idea dan fikiran, mungkin kita akan lebih berfikir tentang inti perbualan itu - adakah ia berfaedah? Mungkin ia perbualan berbentuk gurauan tapi berfaedah. Contohnya gurauan antara keluarga dan rakan-rakan yang mana ia boleh mengeratkan lagi hubungan dan meredakan kegelisahan serta mengukirkan senyuman. Ia berfaedah jika dilihat secara mendalam.

Tapi jika gurauan itu tiada tujuan melainkan mengata atau bercakap perkara tak senonoh, adakah ia boleh kita anggap berfaedah?

Pertama - lihat apa yang kita bualkan.
Kedua - lihat masa yang kita gunakan untuk perbualan itu, adakah terlalu lama?
Ketiga - lihat pula apakah hasil positif dari perbualan itu.

Kesemuanya ini perlu dilihat dan direnung bersama terutama bagi mereka yang banyak berbual di kedai-kedai kopi malah juga di masjid atau surau.

Pada hakikatnya, kandungan perbualan kita itulah yang akan mempengaruhi perkara utama dalam hidup kita - semangat untuk melakukan kebaikan, ilmu pengetahuan yang bertambah dan berterusan, amalan baik yang konsisten dan sebagainya.

Maka renungkanlah perbualan harian anda, maka itulah sebenarnya diri anda walaupun anda membuat pelbagai dakwaan bahawa anda ialah orang itu dan orang ini....bla bla bla...

wallahu a'lam