Pages

Thursday 24 March 2011

Seminar 'Mengenal Allah SWT Melalui 3 'Qul'



MASJID MUADZ BIN JABAL

&

Al-AHKAM.NET

&

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION

&

PEMUDA IMAN


menganjurkan


MINI SEMINAR


MENGENAL ALLAH S.W.T. MELALUI 3 'QUL'

"Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas"



Ahli Panel

Ustaz Muhammad Nizam Abdul Kadir (UIAM, Panelis Halaqah TV9)

Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM)

Ustaz Syed Syahrizal Syed Mohamad (TV al-Hijrah)

Ustaz Hamdi Bin Abd. Hamid

Ustaz Adlan Abdul Aziz (al-Ahkam.net)


Tarikh & Masa: Ahad, 10 April 2011, 9:00 A.M to 1:00 P.M


Tempat:

Masjid Muadz bin Jabal, Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Program ini percuma.

Tempat adalah TERHAD!

Daftar di http://iis-ahkam-muadz-2011/.eventbrite.com

Penyertaan adalah melalui pendaftaran SAHAJA!

Wednesday 16 March 2011

Siri Kedua - Analisis Kajian Hadith al-Albani

SIRI ANALISIS METODOLOGI KAJIAN HADITH AL-ALBANI - SIRI KE 2

"HADITH ADZAN DI TELINGA BAYI KETIKA LAHIR"

Sabtu - 26/3 - 9.30 pagi

IIS - atas Saba Islamic Media, Setiawangsa, KL

Thursday 10 March 2011

Al-Quran Berbicara Dengan Pekerja

tiada kerja yang senang..

Bukankah sekarang ini kita bekerja? Guru, pelajar, petani, polis, pengurus besar, peguam, doktor, jurutera, businessman, YB?

Sudah menjadi fitrah manusia apabila melaksanakan sesuatu tugas atau kerja, akan mengharapkan ganjaran samada berbentuk materialistic mahupun pengiktirafan manusia lain. Sekiranya khidmatnya diperlukan lebih dari yang dipertanggungjawabkan maka dia enggan melakukan melainkan kalau ada ada ‘extra’ ganjaran dijanjikan buatnya. Maka, sekiranya apa yang diharapkan tidak diberikan maka merungutlah kita yang bekerja dengan berbagai keluhan dan rungutan.
"Dah lah aku penat kerja tapi apa pun tak dapat. Sia-sia saja. "
Hanya manusia yang sekular dan kapitalis berfahaman akan berfahaman sedemikian. Oleh yang demikian mereka akan mudah kecewa, tertekan dan cepat marah apabila pengharapan dari kerja yang mereka lakukan diletakkan pada manusia semata.

Al-Quran mengubah persepsi kerja dalam hidup manusia. Indahnya kerja dalam Islam apabila Al-Quran mendidik kita meletakkan cara dan matlamat bekerja untuk Allah.
Al-Quran berbicara dengan para pekerja…

Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.(Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (Al-Nur: 37-38)

Pekerja Islam:

1. Mengingati Allah dan menunaikan tugas yang telah diwajibkan ke atasnya sebagai seorang muslim

2. Amanah dalam kerjanya kerana takutkan hukuman Allah SWT di akhirat melebihi hukuman manusia (ketua ditempat kerjanya) di dunia.

3. Tidak mudah dipengaruhi kemewahan yang dijanjikan dunia sehingga menggadaikan akhirat.

4. Mengharapkan Redha Allah berbanding redha manusia dalam tugasnya

5. Ihsan (bersungguh-sungguh) dalam melaksanakan tugasnya sehingga sanggup melaksanakan tugas tambahan dengan tidak sangat memikirkan ganjaran dunia.

6. Meyakini keadilan dalam rezeki kurniaan Allah sehingga hilang perasaan dengki dalam hati terhadap rakan setugasnya yang lain.

Sekiranya persepsi ini ada dalam fikiran setiap pekerja di Malaysia ini, bayangkan betapa hebat dan majunya Negara kita sebelum tahun 2020.

abufahim-uia

Tuesday 8 March 2011

AL-QURAN BERBICARA DENGAN ORANG MUDA...

Prof HAMKA diusia muda

Persoalan yang tiba-tiba menerjah dan mencabar akal ketika membaca kisah Ashabul Kahfi adalah: Bagaimana Al-Quran berinteraksi dengan golongan muda? Apa panduan yang diberikan Al-Quran kepada golongan terbesar masyarakat ini?
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (al-Kahfi:9)

Al-Quran bukan hanya untuk dibaca oleh golongan tua yang risaukan harinya bertemuNya. Rupa-rupanya Al-Quran memberikan panduan yang indah untuk ditatapi golongan muda yang memang selalu mencari segala yang indah dalam hidup. Keindahan panduan tersebut bukan semata kerana panduan tersebut sesuai, praktikal dan mujarab untuk dilaksanakan. Al-Quran mengarapnya dalam kisah-kisah yang indah penuh ibrah. Dirasai seolah-olah Al-Quran berbicara dengan golongan tersebut: Wahai orang muda, anda seharusnya..

1. Sentiasa Mempertingkatkan Iman:
Di usia muda, manusia akan melalui pelbagai cabaran hidup (dalaman dan luaran). Oleh kerana kurangnya pengalaman menghadapinya berbanding yang sudah berusia, maka kekadang mereka tewas dalam perjuangan hidup yang memerlukan mereka membuat pilihan dan keputusan yang betul. Terlampau mengikut nafsu, perasaan dan keinginan hati tanpa memikirkan kesannya terhadap hidup. Panduan terbaik menghadapi gejolak nafsu keinginan ini adalah iman.
Maka, berbicaralah al-Quran kepada mereka:
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini) (al-Kahfi: 10)
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita Ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk. (al-Kahfi: 13)

2. Sentiasa Menambah Ilmu Pengetahuan:
Di usia muda, keupayaan akal manusia masih segar dan kuat. Mampu mengingati, memahami, menganalisis berbagai perkara dengan cepat. Ditambah dengan keadaan kurangnya komitmen dalam hidup berbanding mereka yang sudah berusia. Rugi sekiranya nikmat dan amanah dari Allah SWT ini tidak digunakan semaksimum mungkin sebagai bekalan hidup masa depannya.
Maka, berbicaralah al-Quran kepada mereka:
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(Yusuf: 22).

3. Menjauhi Maksiat:
Di usia muda, nafsu manusia bergelora hebat inginkan keseronakan, hiburan yang dapat memuaskan nafsu tersebut. Nafsu perlu dikawal agar maksiat dapat dijauhi kerana sudah menjadi hakikat yang perlu diterima: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu)(Yusuf: 53)
Maka, berbicaralah al-Quran kepada mereka:
Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya kami kalau demikian Telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran (al-Kahfi:14)"
Al-Quran berbicara lagi:
Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".(Yusuf: 23)

4. Melibatkan Diri Dengan Dakwah:
Di usia muda, manusia sibuk membina kehidupan peribadi, menjadikan mereka kurang peduli keadaan sekeliling, hidup penuh ke’aku’an dan mementingkan diri sendiri. Sedangkan mereka perlu terjun dalam masyarakat memainkan peranan meng’islah’kan masyarakat sekadar termampu
Maka, berbicaralah al-Quran kepada mereka:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya". Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?" Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu. "Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)". Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim". (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".(al-Anbiya: 51-60)

Selamat beramal wahai orang muda..

abufahim-uia

Sunday 6 March 2011

Rakaman 'Seminar Mini - Menghayati Surah al-Kahfi'

Terima kasih akhi saiful iskandar atas rakaman

Terima kasih IIS dan al-ahkam.net atas anjuran bersama program ini.

Terima kasih kpd yang hadir sama tadi.


Rakaman klik di SINI

Rakaman 'Bila & Bagaimana Hadith Dibukukan'

Rakaman kuliah di Masjid al-Syariff..Meru.

Terima kasih akhi Ridzuan...dan seluruh ajk serta jemaah yang hadir..

klik di SINI

Friday 4 March 2011

Rakaman Video Analisis 'Bersedekap Di Atas Dada - Bukan Sunnah Salaf'

Klik Di sini

SURAH AL-KAHFI: IBRAH DI SEBALIK KISAH

Apabila disebut surah Al-Kahfi, terbayang dibenak akal setiap muslim yang rajin membaca Al-Quran akan sebuah kisah sekumpulan pemuda yang ditidurkan Allah SWT di dalam gua selama ratusan tahun. Terbayang juga di fikiran setiap muslim yang amat kuat pegangan sunnahnya tentang tuntutan membaca surah ini setiap hari Jumaat berbanding surah-surah lain dari Al-Quran.

Pembaca Al-Quran yang bijak bukan sekadar mengetahui tentang tuntutan membacanya mengikut sunnah atau mementingkan kuantiti bacaan harian atau mingguannya. Bukan juga yang hanya mementingkan perincian kisah-kisah yang terkandung di dalamnya. Tetapi, kemampuan pembaca untuk menelusuri ibrah disebalik kisah yang menjadikan mereka mampu menjadi orang yang bijak berinteraksi dengan Al-Quran. Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf:111)

Walaupun surah ini meceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang perinciannya, setiap darinya melambangkan keperluan menjadikan IMAN dan TAWHID sebagai dasar dalam segala aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan kepada orang yang beriman, cara untuk membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang membuat keputusan yang betul. Apa maksud membuat keputusan yang betul?

1. Kisah Ashabul Kahfi: Antara kesempitan gua dan keluasan, kemewahan dunia demi menyelamatkan iman. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".(Al-Kahfi:16)

2. Kisah Pemilik Dua Kebun: Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu (Al-Kahfi:37-39)

3. Kisah Nabi Musa dan Khidir: Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT. Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".(Al-Kahfi:82)

4. Kisah Zulqarnain: Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi:98)

Kita akan sentiasa mengalami konflik dalam hidup. Konflik dalaman dan luaran. Keputusan perlu dibuat. Ibrah dari Al-Kahfi membuat kita berfikir sebelum keputusan dibuat: Apa yang ALLAH SWT hendak aku buat? Bukannya: Apa yang AKU hendak buat? Bukan juga: Apa yang ORANG LAIN hendak aku buat? Itu melambangkan setiap aktiviti kita dipengaruhi IMAN dan TAWHID supaya setiap aktiviti tersebut tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT:
Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling kerugian amal perbuatannya?"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. (Al-Kahfi: 103-104)
abufahim-uia

Wednesday 2 March 2011

"Kisah Cinta Ilmuan Silam Terhadap ILMU"

Jemput ke program wacana ilmu
"Kisah Cinta Ilmuan Silam Terhadap ILMU"
Oleh - Adlan Abd. Aziz,
Tempat - IIS, (atas Saba Islamic Media, Setiawangsa),
Khamis, 3 Mac 2011,
Masa - 8.30 mlm.