'..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Surah al-Kahfi, ayat 13]
Tuesday, 15 June 2010
Membaca Untuk Ilmu...Bukan Untuk Tugasan
Ramai yang membaca dengan pelbagai tujuan. Tetapi bagi sebahagian yang cintakan ilmu, mereka membaca semata-mata dengan tujuan yang satu - untuk ilmu. Untuk menambahkan ilmu, sayangnya mereka kepada ilmu, keinginan mendalam untuk mengetahui ilmu baru.
Sebahagian kita membaca hanya untuk tujuan-tujuan yang bersifat sementara atau lebih kepada tugasan yang mempunyai tempoh masa. Sama ada untuk tujuan peperiksaan, pembentangan, untuk menulis sesuatu, berdebat dan berhujah...dan sebagainya.
Alangkah eloknya kita membaca untuk ilmu. Mengapa ini penting?
1- Ini akan menjadikan anda sentiasa membaca dan tidak terhad pada masa tertentu.
2- Ilmu akan sentiasa bertambah dan tidak perlu menunggu program tertentu atau majlis tertentu.
3- Pembacaan anda akan lebih meluas kerana ilmu adalah luas. Jangan sesekali hadkan pembacaan untuk bidang tertentu sehingga anda hilang masa dan hilang 'nafsu' untuk membaca buku-buku lain.
4- Anda akan lebih bersedia dengan maklumat baru yang mungkin secara tidak disangka akan anda gunakan ketika perlu.
5- Ganjaran pahala di sisi Allah SWT akan anda perolehi secara berterusan kerana anda tidak 'hangat-hangat tahi ayam' dengan ilmu. Bukankah wahyu pertama ialah 'Iqra'?
6- Pemikiran akan menjadi lebih terbuka dan tidak taksub kepada sesuatu aliran atau seseorang tokoh kerana anda membaca untuk ilmu, bukan untuk menyemai minat kpd seseorang tokoh. Semua penulis adalah tokoh dan buku mereka layak untuk anda baca.
7- Dengan membaca untuk tujuan ilmu, mungkin satu masa nanti membaca akan menjadi tabiat dan 'habit' yang sebati dengan jiwa. Ini kerana anda sering membaca dan tidak berhenti untuk tujuan tertentu.
selamat membaca...untuk ilmu...dan bukan tugasan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment