Oleh: Abu Fahim Al-Kulimi
Bagi para penuntut ilmu Tafsir Al-Quran, sudah menjadi kewajipan bagi mereka untuk mengenal kitab-kitab tafsir al-Quran karangan para mufassir yang muktabar. Dan antara kitab tafsir yang wajib diketahui dan dikaji adalah kitab tafsir yang terkenal dengan judul Tafsir Al-Tabari. Kitab tafsir ini merupakan sebuah kitab yang besar berjilid-jilid serta mengandungi riwayat-riwayat tafsir yang menjadi sumber rujukan utama kepada kitab tafsir yang lain.
Bagi para penuntut ilmu Tafsir Al-Quran, sudah menjadi kewajipan bagi mereka untuk mengenal kitab-kitab tafsir al-Quran karangan para mufassir yang muktabar. Dan antara kitab tafsir yang wajib diketahui dan dikaji adalah kitab tafsir yang terkenal dengan judul Tafsir Al-Tabari. Kitab tafsir ini merupakan sebuah kitab yang besar berjilid-jilid serta mengandungi riwayat-riwayat tafsir yang menjadi sumber rujukan utama kepada kitab tafsir yang lain.
Namun sedarkah wahai penuntut ilmu al-Quran bahawa kitab Tafsir al-Tabari yang sudah dianggap besar dan berjilid-jilid itu hanyalah ringkasan ilmu tafsir al-Quran yang ada pada diri Imam Abu Ja'far Al-Tabari? Bukan hanya kitab tafsirnya, malah kitab sejarah karangan beliau yang terkenal dengan judul Tarikh Al-Tabari (turut bersaiz besar dan berjilid-jilid) hanyalah ringkasan ilmu sejarah beliau?
Al-Khatib mengisahkan dari Abu Umar Ubaidillah bin Ahmad al-Simsar dan Abul Qasim bin Uqail Al-Warraq bahawa suatu ketika Abu Ja'far al-Tabari berkata kepada para muridnya, "Apakah kalian siap sedia mendengarkan pengajian tafsir Al-Quran?” Ketika mereka menjawab “Berapa besarnya?” Dan ketika Abu Ja’far al-Tabari menjawab, “30,000 helaian”, maka mereka berkata, “Ini akan menghabiskan umur sebelum pengajian tafsir selesai.”
Akhirnya, Imam Abu Ja'far Al-Tabari meringkaskan tafsir tersebut menjadi sekitar 3000 helaian. Kemudian Imam Abu Ja'far Al-Tabari bertanya lagi kepada mereka, “Apakah kalian bersedia mengikuti pengajian sejarah dunia mulai Nabi Adam A.S sampai masa kita sekarang ini?” Mereka pun menjawab sebagaimana jawaban pada tafsir al-Quran dan Imam Abu Ja'far Al-Tabari pun meringkaskannya sebagaimana tafsir tersebut” (Mu’jam Al-Udaba’, 18/42)
Persoalannya sekarang: Sekiranya kitab tafsir dan tarikh beliau yang boleh didapati kini pun sudah beribu-ribu mukasurat, mengandungi ilmu yang luas dalam tafsir al-Quran dan sejarah ummat terdahulu, hinggakan menjadi kewajipan bagi pengkaji tafsir dan sejarah untuk merujuk kepada sumber primer ini dalam kajian mereka, maka bagaimanakah hakikatnya gudang ilmu tafsir dan tarikh yang masih tersimpan dalam diri Imam Abu Ja'far Al-Tabari itu sendiri?
Bahkan kini terdapat juga ulama tafsir moden telah meringkaskan lagi tafsir Al-Tabari kerana besarnya ilmu tafsir yang ada didalamnya bagi memudahkan penuntut ilmu tafsir moden memahami al-Quran yang selalu inginkan jalan pintas dan mudah untuk memahami ilmu tafsir al-Quran itu sendiri.
Renungkanlah hakikat ini wahai pengkaji tafsir al-Quran.
1 comment:
salam..luas lautan ilmu Allah
Post a Comment