Pages

Monday 17 October 2011

Janganlah Asyik Menyalahkan Jin!

Saya pasti anda pernah bertemu dgn sebahagian masyarakat umat Islam hari ini yang asyik dengan - menghalau jin dan mengubati sihir. Kita menerima wujudnya Jin Kafir atau Syaitan yang mengganggu manusia. Kita juga pasti wajib menerima kewujudan sihir kerana ia jelas disebutkan dalam Al-Quran.

Tapi yang menghairankan saya ialah sikap sebahagian mereka yang begitu asyik dengan Jin dan Syaitan hinggakan terbina satu 'fakta' (berbukti atau tidak itu tak pasti) bahawa SEMUA penyakit sama ada fizikal atau mental...SEMUA berpunca dari gangguan Jin Kafir atau Jin Islam yang jahat. Sampai begitu sekali?

Apa buktinya? Apakah ada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Sahih yang menyokong? Apa yang saya dapati buktinya ialah - beberapa tafsiran dan pandangan ilmuan yang memberikan kesimpulan. Pendek kata ia bukanlah berdasarkan bukti, tapi lebih berdasarkan pandangan tertentu dan emosi pihak tertentu.

Sampaikan ada yang menyatakan setiap hari dan setiap waktu ada sahaja manusia yang diserang Jin atau terkena sihir. Begitu ramai manusia pada hari ini yang diganggu dan sakit kerana semua ini?

Jangan kita lupa bahawa hukum alam yg telah ditentukan Allah SWT - setiap penyakit ada sebab dan ada ubatnya (walaupun mungkin ia belum ditemui, ia pasti akan ditemui insya Allah). Hukum alam ditetapkan oleh Allah SWT dan ia difahami dan dikaji oleh pakar perubatan sepanjang zaman dari kalangan orang-orang Islam dan bukan Islam.

Kenapa mahu dinafikan kajian berdasarkan sebab musabab dan hukum alam ini? Mengapa perlu dipinggirkan kajian pakar-pakar perubatan ini seolah kajian mereka tidak Islamik? Adakah kita mahu mengatakan kepada orang-orang Islam - jangan pergi klinik atau hospital kerana semua penyakit anda adalah disebabkan Jin dan Sihir, maka pakar perubatan moden tak mampu ubati. Yang mampu ubati siapa?

3 comments:

Merempit Redho Allah said...

Allah lah yg ubatkan . Byk je hadith psl kewujudan jin.

Merempit Redho Allah said...

Allah lah yg ubatkan . Byk je hadith psl kewujudan jin.

Merempit Redho Allah said...

Allah lah yg ubatkan . Byk je hadith psl kewujudan jin.