Apabila disebut surah Al-Kahfi, terbayang dibenak akal setiap muslim yang rajin membaca Al-Quran akan sebuah kisah sekumpulan pemuda yang ditidurkan Allah SWT di dalam gua selama ratusan tahun. Terbayang juga di fikiran setiap muslim yang amat kuat pegangan sunnahnya tentang tuntutan membaca surah ini setiap hari Jumaat berbanding surah-surah lain dari Al-Quran.
Pembaca Al-Quran yang bijak bukan sekadar mengetahui tentang tuntutan membacanya mengikut sunnah atau mementingkan kuantiti bacaan harian atau mingguannya. Bukan juga yang hanya mementingkan perincian kisah-kisah yang terkandung di dalamnya. Tetapi, kemampuan pembaca untuk menelusuri ibrah disebalik kisah yang menjadikan mereka mampu menjadi orang yang bijak berinteraksi dengan Al-Quran. Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf:111)
Walaupun surah ini meceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang perinciannya, setiap darinya melambangkan keperluan menjadikan IMAN dan TAWHID sebagai dasar dalam segala aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan kepada orang yang beriman, cara untuk membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang membuat keputusan yang betul. Apa maksud membuat keputusan yang betul?
1. Kisah Ashabul Kahfi: Antara kesempitan gua dan keluasan, kemewahan dunia demi menyelamatkan iman. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".(Al-Kahfi:16)
2. Kisah Pemilik Dua Kebun: Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu (Al-Kahfi:37-39)
3. Kisah Nabi Musa dan Khidir: Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT. Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".(Al-Kahfi:82)
4. Kisah Zulqarnain: Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi:98)
Kita akan sentiasa mengalami konflik dalam hidup. Konflik dalaman dan luaran. Keputusan perlu dibuat. Ibrah dari Al-Kahfi membuat kita berfikir sebelum keputusan dibuat: Apa yang ALLAH SWT hendak aku buat? Bukannya: Apa yang AKU hendak buat? Bukan juga: Apa yang ORANG LAIN hendak aku buat? Itu melambangkan setiap aktiviti kita dipengaruhi IMAN dan TAWHID supaya setiap aktiviti tersebut tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT:
Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling kerugian amal perbuatannya?"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. (Al-Kahfi: 103-104)

abufahim-uia
3 comments:
salam. terima kasih ustaz atas pencerahan.
wslm,
detail point bleh klik rakaman seminar surah al-kahfi
Apa yang ALLAH SWT hendak aku buat? Bukannya: Apa yang AKU hendak buat? Bukan juga: Apa yang ORANG LAIN hendak aku buat? thanks :)
Post a Comment