Pages

Thursday, 10 March 2011

Al-Quran Berbicara Dengan Pekerja

tiada kerja yang senang..

Bukankah sekarang ini kita bekerja? Guru, pelajar, petani, polis, pengurus besar, peguam, doktor, jurutera, businessman, YB?

Sudah menjadi fitrah manusia apabila melaksanakan sesuatu tugas atau kerja, akan mengharapkan ganjaran samada berbentuk materialistic mahupun pengiktirafan manusia lain. Sekiranya khidmatnya diperlukan lebih dari yang dipertanggungjawabkan maka dia enggan melakukan melainkan kalau ada ada ‘extra’ ganjaran dijanjikan buatnya. Maka, sekiranya apa yang diharapkan tidak diberikan maka merungutlah kita yang bekerja dengan berbagai keluhan dan rungutan.
"Dah lah aku penat kerja tapi apa pun tak dapat. Sia-sia saja. "
Hanya manusia yang sekular dan kapitalis berfahaman akan berfahaman sedemikian. Oleh yang demikian mereka akan mudah kecewa, tertekan dan cepat marah apabila pengharapan dari kerja yang mereka lakukan diletakkan pada manusia semata.

Al-Quran mengubah persepsi kerja dalam hidup manusia. Indahnya kerja dalam Islam apabila Al-Quran mendidik kita meletakkan cara dan matlamat bekerja untuk Allah.
Al-Quran berbicara dengan para pekerja…

Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.(Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (Al-Nur: 37-38)

Pekerja Islam:

1. Mengingati Allah dan menunaikan tugas yang telah diwajibkan ke atasnya sebagai seorang muslim

2. Amanah dalam kerjanya kerana takutkan hukuman Allah SWT di akhirat melebihi hukuman manusia (ketua ditempat kerjanya) di dunia.

3. Tidak mudah dipengaruhi kemewahan yang dijanjikan dunia sehingga menggadaikan akhirat.

4. Mengharapkan Redha Allah berbanding redha manusia dalam tugasnya

5. Ihsan (bersungguh-sungguh) dalam melaksanakan tugasnya sehingga sanggup melaksanakan tugas tambahan dengan tidak sangat memikirkan ganjaran dunia.

6. Meyakini keadilan dalam rezeki kurniaan Allah sehingga hilang perasaan dengki dalam hati terhadap rakan setugasnya yang lain.

Sekiranya persepsi ini ada dalam fikiran setiap pekerja di Malaysia ini, bayangkan betapa hebat dan majunya Negara kita sebelum tahun 2020.

abufahim-uia

2 comments:

Amir Hamzah said...

Hebat! Namun ia boleh dimantapkan lagi jika dimuatkan berkenaan tanggungjawab majikan menjaga pekerjanya pula. i.e. bayarlah upah mereka sebelum peluh kering

abufahim said...

jazakallah akhi amir

mmg itu pun penting. hubungan antara majikan n pekerja. dlm alQuran kisah tbaik mnunjukkan tggjwb majikan kpd pekerja adalah dlm surah Al-Qasas, kisah antara nabi musa n ayah kpd 2 anak gadis yg dibantu baginda. ada ulama menafsirkan lelaki tua itu sbg nabi syuaib. Wallahualam.bleh rujuk surah al-qasas: 24-28 utk melihat bhw Al-Quran menekankan isu hubgn baik antara kedua pihak yg saling memerlukan khidmat.

indahkan Al-Quran berbicara dgn semua peringkat masyarakat.

wassalam