Pages

Tuesday, 2 February 2010

Menara Minda #6: Mutiara Kata Ibnu Al-Mubarak


Beberapa mutiara kata Ibnu al-Mubarak Rahimahullah (meninggal 181H), seorang Tabi’in yang terkenal untuk renungan bersama.

1. ‘Berapa ramai manusia yang mengingati al-Quran tetapi al-Quran melaknat mereka dari dalam ingatan mereka! Sekiranya pendokong al-Quran mencanggahi Tuhannya, maka al-Quran menyerunya dari dalam dadanya dengan berkata: ‘Demi Allah, kamu tidak mengingatiku untuk ini (penterjemah: melakukan dosa)! Tidakkah kamu malu dengan Tuhanmu?’

2. ‘Tidak ada satu benda dalam dunia ini untuk seorang manusia kecuali satu bahagian daripada makanan hariannya.’

3. ‘Jika kebaikan seseorang mengatasi kesalahannya, maka kesalahan itu tidak sebut-sebut manakala jika kesalahannya mengatasi kebaikan, maka kebaikannya tidak disebut-sebut.’

4. ‘Seorang pemuda pernah berkata kepada Ibnu al-Mubarak: ‘Adakah sesiapa yang sudi menasihati kita?’ Jawab beliau: ‘Sungguh, adakah sesiapa pula yang sudi menerima nasihat?’

5. ‘Dunia ini penjara bagi orang beriman dan kelakuan terbaik di dalam penjara ialah bersabar dan mengalahkan amarah. Orang beriman tiada bernegeri di dunia ini, bahkan negerinya terletak di negeri Abadi.’

6. Seorang pemuda berkata kepada Ibnu al-Mubarak: ‘Nasihatilah aku’. Lalu kata beliau: ‘Tinggalkan melihat suatu benda dalam masa yang lama maka kau akan dikurniakan Khusyu’, tinggalkan percakapan yang berlebih-lebihan maka kau akan dikurniakan Kebijaksanaan, Tinggalkan makanan berlebih-lebihan makan kau akan ditunjukkan kepada Ibadah, tinggalkan mencari kesalahan orang lain maka kau akan ternampak kesalahan pada dirimu dan tinggalkan mencampuri hal-hal yang menyentuh sifat-sifat Allah (penterjemah: berbahas dan bertengkar) maka kau akan dijauhkan daripada keraguan dan kepura-puraan.’

7. Seorang pemuda lain berkata kepada Ibnu al-Mubarak: ‘Aku melihat diriku dalam keadaan yang lebih baik daripada seorang penjenayah yang telah membunuh orang lain.’ Beliau berkata: ‘Benarlah rasa aman mengenai diri sendiri lebih buruk daripada seorang pembunuh yang membunuh seseorang!’

8. ‘Berkumpullah bersama-sama orang yang susah dan berhati-hati ketika bersama dengan pelaku bida’ah.’

9. Ibnu al-Mubarak gemar belanja orang lain dan membantu sahabat-sahabatnya sedang mereka dalam kesusahan kewangan. Pernah diriwayatkan beliau pernah berkata kepada Fudhyal bin Iyyadh: ‘Jikalaulah bukan kerana kamu dan sahabat-sahabatmu, aku tidak akan berniaga.’

10. Suatu lagi ungkapan yang indah daripada Ibnu al-Mubarak,
‘Benarlah para ulama pewaris para Nabi, tetapi jika mereka terlalu menginginkan benda dan dilanda ketamakan, siapa yang patut dituruti? Para saudagar dan peniaga adalah pemegang amanah Allah, jika mereka khianat, siapa yang patut dipercayai? Para pahlawan adalah tetamu Allah, jika mereka melampaui batas, dengan siapa patut kita mengalahkan musuh-musuh? Para akhlakawan dan sederhanawan adalah raja di atas dunia ini, jika mereka tidak jujur (bersifat riya’) siapa yang patutu diikuti? Para gabenor dan pemerintah adalah pengembala (penjaga) urusan rakyat, jika pengembala menjadi serigala, apa lagi yang patut menjaga haiwan ternakan?’

(Sumber: Blog Cerita-Cerita Para Salaf; Rujukan meliputi Siyar A’lam al-Nubala’, Tanbih al-Mughtarin, Tadhkirat al-Huffadh, Hilyat al-Awliya’ and Dhayl Jawahir al-Mudhiyyah.)

No comments: