Pages

Monday 4 January 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ‘ALLAH’



Isu penggunaan nama ‘Allah’ dalam akhbar Herald: the Catholic Weekly telah menjadi buah mulut masyarakat islam di Malaysia keseluruhannya. Banyak pihak antaranya pihak kerajaan, parti politik, NGO-NGO, para alim ulama telah memberi pandangan masing-masing berkenaan isu tersebut. Buat masa ini pihak kerajaan sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang dengan membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membenarkan akhbar berkenaan menggunakan perkataan ‘Allah’ atas asas hak berpelembagaan.

Pemudaiman tepanggil memberikan ulasan ringkas terhadap isu tersebut. Ulasan ini adalah atas dasar rasa bertanggungjawab terhadap usaha mempertahankan kesucian Islam yang merupakan sebahagian dari usaha dakwah Islamiyyah yang kami usahakan selama ini:

1) Dari aspek agama memang bukan menjadi kesalahan bagi golongan kafir menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi merujuk ‘tuhan yang mencipta’ sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 87: Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir): "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan?

2) Namun bagi masyarakat beragama Kristian (merujuk kepada akhbar mingguan Kristian, Herald), mereka dalam hal ini turut beriman dengan konsep Trinity sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 73: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

3) Oleh yang demikian, walaupun dalam Al-Quran, mereka merujuk tuhan yang mencipta sebagai Allah, namun kepercayaan mereka itu tidak sama dan bertentangan dengan konsep Tawhid dalam Islam yang meletakkan asas ke-Esa-an Allah dalam Rububiyyah, Asma wa Sifat dan Uluhiyyah.

4) Mengapa sekarang mereka menggunakan nama ‘Allah’ dalam merujuk kepada ‘God’yang mereka percaya.

5) Adalah dikhuatiri penggunaan nama Allah akan dimanipulasi untuk gerakan missionary bagi memurtadkan umat Islam di Malaysia yang kini terdedah dengan gerakan religious liberalism dan pluralism yang meletakkan agama Islam sebagai sama dengan agama-agama lain di dunia.

6) Justeru, atas prinsip mencegah sesuatu yang buruk dari berlaku (saddus zara’i) dan prinsip mencegah kemudharatan dari menimpa masyarakat Islam di Malaysia, maka pemudaiman menyokong penuh sebarang usaha dan gerakan dari mana-mana pihak bagi mempertahankan penggunaan nama Allah adalah khusus bagi umat Islam.

Pemuda Iman
4 January 2010

5 comments:

ummu said...

assalamualaikum ustaz,salam taaruf.
alhamdulillah tazkirah ustaz sebentar tadi di IKIM.fm menyuntik semangat saya sebagai ibu agar terus berdoa...

alitantawi said...

wa'alaikumussalaam...alhamdulillah, sama2 kita doakan kebaikan utk semua.

myhasma said...

Selain dari isu Allah, banyak lagi isu yang melibatkan akidah seperti membawa kepada salah faham terhadap agama, syirik dan kufur. Kenapa kita tumpu satu isu sahaja dan meninggalkan isu yang lain. Contoh isu kalungan bunga pada tugu negara, isu bomoh guna jin, nombor ekor, hiburan keterlaluan, arak dll.

Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Sekiranya, mereka datang dengan cara yang kasar seperti mahu meruntuhkan masjid atau membakar al-Quran, orang Islam akan bangun menentang. Tetapi sekiranya mereka datang dengan cara yang lembut iaitu dengan cara menjauhkan orang Islam daripada masjid, melekakan mereka daripada mengingati Allah dengan pelbagai bentuk hiburan yang melekakan, menjauhkan orang Islam dari al-Quran dan sebagainya, perkara ini amat kurang disedari oleh orang Islam

abufahim said...

to myhasma
tq for concern. saya ada ulas apa yang myhasma sebut di blog saya
wassalam

myhasma said...

to abufahim,
syukran kembali..saya dah baca blog tuan.