Saya menulis hasil perbincangan dgn beberapa orang sahabat terutama sahabat Pemuda Iman, Cikgu Hanif tentang usaha dakwah.Di antara yang kami bincangkan ialah : impian dan harapan dalam berdakwah. Terdapat pekerja dakwah yang mempunyai harapan dan impian yang besar, tapi tidak disusuli dengan gerak kerja yang berpijak di bumi nyata. Juga ada pekerja dakwah yang agak berlawanan iaitu berdakwah tanpa semangat, impian dan harapan.
Keduanya tidak akan membawa hasil yang bermakna bagi masyarakat! Seharusnya kita melihat dalam Al-Quran dan Hadith untuk kita membina impian dan harapan besar yang diikuti dengan kerja dan amal yang tersusun serta berterusan.
Kita terkadang merasa malu dengan mereka yang tidak beriman tetapi memiliki 2 asas penting yang perlu ada dalam dakwah iaitu: tidak takut dalam membina impian besar, dan juga gerak kerja berterusan atau 'istiqamah'.
Semoga semua yang berhasrat menyertai pasukan dakwah ke arah kebaikan dan keindahan Islam akan menghiasi diri dan hati dengan impian besar dan amal yang berterusan!
No comments:
Post a Comment