'..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Surah al-Kahfi, ayat 13]
Tuesday, 20 October 2009
Al-Quran & Kehidupan #1 - Bermulanya di sini...
Oleh: Mohd Syauqi Md Zahir Al-Kulimi
Termenung seketika diri ni apabila ditanya oleh sahabat sup ekoq (pak lan, mat paih dgn mat anip) pada malam kami berbincang panjang tentang blog pemuda iman berkenaan tajuk kolum yang nak ditulih. Depa cadangkan agar ditulih tentang ekonomi Islam. Payah sangat tajuk tu dan diri ini bukan la ahli dalam bidang tu. Akhiaqnya dipilih tajuk Al-Quran yang memang merupakan bidang pengajian ana. Pada mulanya nama kolum ialah Tawfiq Ilahi. Tapi lepaih pak lan buat blog pemuda iman, nama ditukaq jadi Al-Quran Dan Kehidupan. Nah, cantik tajuk tu.
Persoalannya sekarang, apa pengisian kolum ni. Tajuk perbincangan amat luas. Sebab Al-Quran ialah kitab panduan kehidupan manusia. Dan ruang lingkup kehidupan manusia amat luaih. Tiba-tiba, tengah-tengah dok drive viva elite zaujah on the way beli bihun tomyam kat ghulam restoran kota damansara, ana mendapat ilham tentang apa nak ditulih dalam kolum. Di-sms pak lan yang tak putuih-putuih sms ana updating progress blog pemuda iman.
“Aku akan tulih dalam bersiri 3 topik besaq:1) Al-Amthal Fil Quran, (2) Al-Qasas Fil Quran, (3) Al-Akhlaq Fil Quran. mula dengan Al-Amthal Fil Quran, Each week 1 amthal Al-Quran. abih, aku tulih qasas plak. Amik 1 qasas 1 mgu.” Aku send kat pak lan. Immediately dia balaih balik: “cukup cun!”
Subhanallah, setiap pekerjaan yang disulami dengan niat yang baik dan ikhlas akan diberi hidayah oleh Allah SWT. Tandanya ialah apabila setiap perancangan akan dipermudahkannya. Betapa luasnya rahmat Allah SWT apabila perancangan, gerak kerja dan matlamat yang baik semuanya merupakan hidayahNya dan akan diganjari olehNya. Berpegang kepada sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang member petunjuk (ajaran,pedoman) untuk mengamalkan satu kebaikan kepada orang lain, baginya ganjaran ke atas petunjuk yang diberi dan amalan orang yang diberi petunjuk”
(pak lan tolong takhrij kan hadith ni)
Ana mempunyai sebab tersendiri tentang pemilihan 3 topik besaq tersebut.
1) Ketiga-tiga topic tersebut berkait rapat dengan bidang pengajian ana semasa di university (B.A dan M.A) iaitu Tafsir Mawdu’i Fil Quran. Justeru, mudahlah ana (dengan izin Allah SWT jugak) untuk mengupas tajuk yang telah dipilih berdasarkan manhaj (metodologi) yang telah dipelajari. Menulih sesuatu yang kita tau dan minat akan memudahkan kerja kita.
2) Topik-topik tersebut amat panjang dari segi perbincangannya. Contohnya, topik Al-Amthal Fil Quran sendiri mempunyai 42 perumpamaan yang boleh dikupaih (ada pendapat kata banyak lagi). Melihat kepada matlamat jangka panjang blog pemuda iman ini, maka mudah bagi ana yang lemah ni untuk menulih dalam blog ni dalam tempoh yang lebih panjang. Mungkin 1 minggu akan dibincangkan 1 perumpamaan. Itu baru topic 1. Tak masuk lagi Al-Qasas Fil Quran. Subhanallah!! banyak boleh tulih ni. Semoga Allah Azza Wa Jalla memudahkan urusan ana dalam berdakwah. (mungkin lepaih ni boleh buat kompilasi artikel dan publish dalam buku..amacam pak lan?)
3) Sebenaqnya, ketiga-tiga topic yang dipilih amat dekat hubungannya dengan kehidupan manusia. Al-Qasas Fil Quran misalnya. Walaupun Al-Quran merekod kisah-kisah ummat terdahulu yang mungkin orang la ni dah tak heran sangat, namun perlu kita fahami yang hukum Allah berkaitan dengan kehidupan manusia tidak berubah. Sifir mudah: Jika kaum terdahulu dimusnahkan Allah SWT dek kerana syirik depa kepadaNya, maka hukum yang sama akan berulang jika ianya berlaku la ni, tetapi mungkin dalam bentuk yang berbeza hukumannya. It is as simple as that (dengan izin).
Rasanya cukuplah setakat ini muqaddimah untuk artikel yang pertama dari ana. Setiap perbincangan perlu ada muqaddimah (intro). Kita tak boleh dok cerodong masuk perbincangan tanpa diterangkan terlebih dahulu beberapa maklumat penting, iaitu:
a) Tajuk perbincangan kolum
b) Sebab pemilihan topik kolum
Mudah-mudahan, Allah SWT permudahkan urusan ana dan sahabat-sahabat pemuda iman dalam mejalankan amanah Allah dalam berdakwah walaupun sedikit usaha yang disumbangkan. Ingatlah, Allah SWT tidak melihat kepada kejayaan yang tercapai dalam jihad kita, tetapi yang dilihat adalah proses jihad yang kita laksanakan..
wassalam
bersambung minggu depan..
UIA,
20/10/09,
2.30 ptg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment