Pages

Saturday, 31 October 2009

CSI #2 - Makanan Pun Tak Boleh Dihina


oleh : Adlan Bin Abd. Aziz

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ مَا عَابَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - طَعَامًا قَطُّ ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ ، وَإِلاَّ تَرَكَهُ

Maksudnya:
Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW tidak menghina apa-apa makanan pun. Jika Baginda inginkan makanan itu, dia akan memakannya. Jika Baginda tidak menginginkannya, dia akan meninggalkannya.
[Hadith Riwayat al-Bukhari - no.3563, dan Muslim – no.5504]

Hadith ini walaupun berkaitan soal makanan, tetapi maksudnya amat mendalam dan boleh dijadikan pengajaran dalam pelbagai sudut. Di antaranya ialah bagaimana Rasulullah SAW memberikan contoh kepada kita agar bersama menjaga lidah dan percakapan.

Saya terfikir dan saya ingin anda juga berfikir – kalaulah makanan pun tidak patut kita hina dan caci atau kutuk, apatah lagi manusia! Makanan yang tidak berakal dan tidak langsung terjejas dengan cacian dan kejian pun TIDAK patut dihina, inikan pula manusia seperti saya dan anda!

Marilah kita bersama membaca hadith ini dan hadith-hadith yang lain untuk kita jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik. Memang kita tak akan dapat menyamai Baginda kerana Baginda adalah yang terbaik. Tetapi apa alasan kita untuk sentiasa berkata ‘nak buat lagu mana, saya ni setakat ni saja la’? Seolah kita sudah berputus asa untuk mencontohi kehidupan yang dibawa oleh Baginda?

Jawapannya ialah sememangnya Baginda diutuskan untuk kita. Maka berusahalah untuk mempelajari kehidupannya dan dari situlah kita akan dapat mengenal pasti apakah sudut-sudut yang perlu kita amalkan berpandukan ajaran Baginda SAW.

Sebahagian dari kita tidak dapat menahan diri daripada menghina sesuatu atau seseorang. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya menjadi ‘tabiat’. Biarlah ia menjadi satu ‘kesilapan’ yang dilakukan sesekali dan dengan secepat mungkin kita mengakuinya dan meninggalkannya. Biasalah kalau kita terkadang tersasul mengutuk makanan yang tidak sedap, kurang garam, kurang enak, tidak cukup itu dan ini. Sepatutnya kita tidak begitu tetapi itulah kita! Maka bandingkanlah diri kita dengan akhlak Rasulullah SAW di dalam hadith di atas.

Begitu juga sebahagian daripada kita amat suka dan ‘syok’ apabila berbicara tentang keburukan, keaiban dan kekurangan orang lain. Seolah kita ini terlalu sempurna, seolah kita amat hebat sehingga tidak ada masa untuk memperbaiki diri, tetapi sempat pula menghina orang lain!

Kalau kita boleh mengubah hidup kita dalam pelbagai segi, apalah sangat kita ubah diri kita agar tidak lagi menghina sesuatu atau seseorang hanya kerana kita menganggap ia tidak sesuai dengan diri kita.

Berfikirlah untuk menghargai sesuatu sebelum mencari keaiban atau kekurangan seseorang. Ini nasihat untuk saya dan kita bersama.

6 comments:

Kaharul Afif said...

Salam,

sye berminat utk menulis dalam blog ini....
tp sye bkn dri golongan sekolah agama, sye hanye orang awam...
bru 19 tahun...
mungkin dlm tulisan2 sye ade sedikit salahnya boleh dibetulkan oleh tuan2 sekalian,n boleh sye blaja memperbetulkan diri sye jgak pd mse yg sme....
sblum nie sye ade jge menulis sedikit bahan dakwah dlm Fb and Blogspot...

hrp2 permohonan sye diterima...
minx tolong hubungi sye kalo ade ape2...
email sye:
lockeykon@yahoo.com

sekadar bingkisan said...

Salam Ustaz,

Saya berhajat untuk menjemput ustaz menyertai program kami di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia - IKIM.fm.

Bagaimana saya boleh menghubungi ustaz?

TKasih

Nik Hasnah Ismail
nikhasnah@ikim.gov.my

alitantawi said...

terima kasih kerana sudi masuk blog ini. saya akan e mail ke nikhasnah@ikim.gov.my

sakinah said...

slm ustaz...
sy seorng pelajar..
sy baru dpt roomate baru di kampus..
mslh sy, mereka suke complain makanan ni tawar la, tak sedap la, itu dan ini...
dan sy sekarang seolah2 jadi terikut2 dgn diorng..
ust doakan sy ye smg kembali kpd ajaran islam yg sebenar...

bgaimane care nk tegur mrk spy x complain mknn?

alitantawi said...

pertamanya, kita memang manusia lemah dan tak dapat nak kawal lidah kita kadang2 kita terrr..kutuk makanan bahkan apa sahaja termasuk orang.

tapi kita perlu sedar bahawa ada orang lain yang tidak beruntung dan bernasib baik seperti kita. orang yang kelaparan dan kurang makanan pasti akan menghargai makanan yang kita selalu 'perlekehkan' itu.

mungkin kita juga perlu didik diri kita agar jadikan 'kutukan' itu sebagai 'teguran' utk tukang masak?

itu sekadar cadangan saya yang juga menghadapi masalah untuk mengawal lidah kita. kita sama2 usaha!

sakinah said...

syukran ustaz...
bnyk lagi sy nk tanye, insya allah lain kali ye...

doakan kami umat islam yg masih mude ni ust, agar jd muslim sejati dlm mencari redha rabbul 'alamin...

baarokallahu fik..~