'..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Surah al-Kahfi, ayat 13]
Saturday, 14 November 2009
Menjana Dunia #2 - Mulakan Dengan Bijaksana
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai umat manusia, Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan Yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya Dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).” [Surah Fathir – Ayat 5]
Kita tidak perlu kepada ilmu kewangan yang tinggi & canggih untuk mengawal aliran kewangan kita. Apa yang diperlukan cuma sedikit ‘common sense’ dan beberapa tips ringkas untuk kita terus berada dalam kemampuan kita serta berusaha untuk meningkatkan tahap kesenangan kita.
Saya cuba berkongsi sedaya mungkin beberapa ‘tools’ yang mungkin tuan/puan perlukan untuk kita mewujudkan satu bajet yang memungkinkan kita mempunyai simpanan wang dan berada ‘in control’. Sebelum kita menggunakan ‘tools’ dan tips yang akan saya kongsikan bersama, elok kita memahami beberapa terma yang biasa digunakan dalan pengurusan kewangan peribadi (dari Money Management Tips, http://www.moneymanagementtips.com/:
TERMA - DEFINISI - CONTOH
DUIT - Suatu medium yang digunakan dalam transaksi kewangan - RM1, USD 1 juta
KEKAYAAN - Jumlah keseluruhan yang kita punyai yang mempunyai nilai tertentu. Selalunya kekayaan dikira dalam bentuk jumlah atau nilai duit yang kita ada.
1. Jumlah duit yang kita simpan [Bank, ASB, Tabung Haji & sebagainya]
2. Nilai harta tetap yang kita [rumah, tanah kebun, kereta & sebagainya]
HUTANG - Suatu kewajipan untuk dibayar mengikut senggang masa tertentu
1. Hutang dalam bentuk tunai berkala & tidak berkala [kad kredit, Bank rakyat, along (na’uzubillah) dan sebagainya]
2. Hutang harta tetap dan berkala [rumah, tanah kebun, kereta & sebagainya]
“NET WORTH” - Jumlah perbezaan di antara nilai kekayaan yang kita ada dan jumlah hutang yang kita ada - NILAI DIRI KITA = KEKAYAAN – HUTANG
Apa yang penting dalam kehidupan kita adalah “net worth” yang kita ada, adalah sentiasa berada dalam keadaan yang positif di mana kekayaan melebihi hutang, bukan hutang melebihi kekayaan. Ini penting kerana kita akan tahu yang kita berada dalam keadaan baik atau tidak serta mula mengambil langkah yang perlu untuk kita mempositifkan “net worth” jika sekarang ia berada dalam keadaan negatif.
Untuk tulisan seterusnya, kita akan berkongsi bagaimana “net worth” dikira dan bagaimana strategi yang harus digunakan supaya kita berada dalam “net worth” yang positif. Sebelum mengakhiri tulisan ini elok kita renungi satu hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan kekayaan hidup di dunia.
Dari Abu Said al-Khudri RA, bersabda Rasulullah SAW, “ Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai pengganti di bumi itu (untuk mentadbir dan memekmurkannya). Maka Allah akan melihat bagaimana engkau semua lakukan (untuk dibalas menurut masing-masing amalannya). Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam urusan mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita.” [Hadis Riwayat Imam Muslim – hadith no.457]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment