'..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Surah al-Kahfi, ayat 13]
Thursday, 19 November 2009
Mutiara Wahyu #4 : Dunia Yang Fana
Oleh: Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya menyangka bahawa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda Kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. (Surah Yunus, 10: 24)
Mari kita berfikir sejenak..
Segala yang ada di dunia ini diciptakan Allah SWT untuk kemudahan, kegunaan dan kebanggaan manusia. Dijadikan pula manusia dengan persiapan aqal untuk berfikir, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Dengan aqal, manusia mula membangunkan bumi bagi memenuhi bukan sahaja perintah Allah SWT, bahkan untuk memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Antara fitrah manusia itu ialah berkehendakkan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan segala macam perhiasan seperti isteri, anak-anak, emas perak, binatang ternakan dan tanaman. Manusia juga perlukan kepada pengiktirafan, penghargaan, penghormatan dari orang lain yang juga merupakan fitrah manusia yang tak diberikan kepada makhluq lain. Semua ini merupakan fitrah yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia dengan penuh keistimewaan.
Maka, berlumba-lumbalah manusia sesama mereka untuk memenuhi fitrah masing-masing. Bekerja dia siang dan malam. 24 jam sehari semalam seolah-olah tak cukup bagi mereka. Walaupun dah dapat apa yang dicitakan, masih lagi berharap untuk mendapat lebih. Ada sebuah kereta nak pula yang kedua. Ada dua buah rumah nak pula yang ketiga. Ada tiga bilik untuk baju dan kasut nak lagi yang ke empat. Ada RM5juta nak pulak RM6 juta. Ada tujuh relung bendang nak lagi yang kelapan. Semua nak serba lebih. Memang benarlah kata-kata yang kita selalu dengaq: dunia ni cukup untuk semua manusia tapi menusia tidak pernah cukup dengan dunia.
Islam tidak pernah menghalang kita memenuhi semua fitrah kita, namun menggalakannya lagi jika fitrah manusia itu dipenuhi dengan panduan hidayah islam. Masalahnya sekarang ialah apabila manusia menyangka dunia ini milik kekal mereka. Disangka yang segala yang mereka ada, hak mereka, seolah-olah dunia ini adalah segala-galanya bagi mereka. Terlalu mengharapkan kejayaan dunia sehingga gagal di akhirat. Hati terlalu terpaut dengan perhiasan dunia sehingga tersilau perhiasan di akhirat.
Pak Hamka apabila menafsirkan ayat tersebut berkata: Maksud ayat ialah melarang terlalu menyangkutkan hati kepada perhiasan dunia sehingga lupa akhirat. Atau terlalu percaya kekuatan sendiri, hingga lupa kepada kekuatan Allah. Terlalu harap, akhirnya tertiarap. Hati terpaut kepada yang fana sehingga lupa bahawa di dunia ini hanya singgah saja, untuk memperkuat persiapan bagi menempuh akhirat.
Nah! Padan muka kita. Kita lupa hakikat dunia. Dunia ini fana. Tiada yang kekal selamanya. Tiada istilah “dulu, kini dan selamanya”. Isteri, anak, harta kemewahan, kuasa, pangkat, kemasyhuran, kecantikan, kekuatan, kesihatan dan nyawa akan hilang bila tiba masanya. Allah SWT Maha Berkuasa. Ketika kita bersuka ria dengan segala perhiasan dunia kurniaanNya, direntapNya secara tiba-tiba sehingga kita terpinga-pinga, kebingungan sehingga kadang-kadang menyalahkanNya di atas segala KetentuanNya. Hilang terus keimanan kita dengan qada dan qadar Allah Taala. Nampak sangat kita terkena wabak al-wahan iaitu hubbuddunya wa karahiyatul maut (cintakan dunia dan bencikan kematian).
Letakkan sepenuh pengharapan dan pergantungan hanya pada Allah SWT dan bukan kepada makhluq yang serba kekurangan. Namun bukan pula bermaksud kita tak buat apa-apa, tak bekerja, tak mengejar ilmu, duduk saja dan mengharapkan dunia datang bergolek mai kat kita. Itu pun salah. Kita perlu berusaha dan membuat pilihan apa yang terbaik bagi kita. Setelah kita usahakan apa yang nak dicapai dari segi keduniaan, pautkan usaha itu dengan tawakal dan redha yang mutlak kepadaNya agar kita tak kecewa kalau hilang apa yang kita impikan.
Jadilah seorang yang zuhud. Dunia hanya di tangan dan bukan di hati. Bila bertambah nikmat keduniaan tiada rasa terlampau gembira dan kalau kehilangan nikmat tersebut tiada rasa terlampau sedih. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersabar dengan apa yang tiada. But sometime people may say: “It is easier say than done”.
Well, in Islam you have to do it!
Wassalam
Latan Biru, Kota Damansara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam....
Mungkin kita semua pernah dengar atau tidak 'Less Is More'.... sesungguhnya ayat ini ada kaitan dengan artikel Ust. Syauqi dan sebelum2 ini! 'Kesederhanaan'......ungkapan ni mai dari architect mat saleh nama Ludwig Mies van der Rohe. Agama kristian ka yahudi ka x tau! Tapi yg aku tau....depa ni sendiri akui mengenai konsep kesederhanaan dlam setiap aspek kehidupan walau dia ckap dalam bidang architecture!
Pasal....dia buat kajian semua tu! dia suka setiap benda yg x berlebih2 ni lebih membuatkan sesuatu tu lebih indah!Mudah!
Kita pulak sebagai umat Terpilih macam mana yer??
Jazakallah mat ron for a good comment.. keep it up.. cepat hantaq artikel hang.
Terima kasih kpd pemudaiman atas usaha perkongsian ilmu yg bermanfaat di sini. Alhamdulillah & tahniah. Teruskan usaha murni & semoga akan lahir lebih ramai lagi pemudaiman di masa akan datang. InsyaAllah.
Post a Comment